Sunday, May 24, 2015

Posting! Posting! Posting!

Assalamualaikum...

kredit

2 minggu ni sibuk dengan exam. Semester ni alhamdulillah ada dua paper je! satu paper dah lepas. Alhamdulillah, walaupun banyak lagi aku 'goreng' daripada aku muntahkan balik fakta apa yang aku baca. Tipikal student macam aku!

Lusa last paper! paper paling killer sepanjang aku study ni. Kata senior-senior akulah. Dah masuk tahun ke 5, tapi paper ni la aku rasa macam nak mati je... tak faham walau dah baca banyak kali. Paling sadis bila engko tnya kawan engko dengan harapan dia boleh share ilmu tapi dia pun sama je macam engko blur tak tahu ape. Hanya mampu berdoa dan bertawakkal semoga dapat menjawab dengan baik dan lulus paper AR ni.

Btw, malam ni alhamdulillah dah berjaya isi borang posting. Isi borang tu tandanya dah nak habis la zaman ko berjimba-jimba sebagai seorang dewasa yang tak sedar diri.. hehe.. kenapa la banyak sangat negeri kat Malaysia ni sampai nak pilih penempatan pun pening kepala. Nak isi overseas takut-takut dapat betul kang ade juga yang meraung tak nak pi. 

Ni pun dah 5 tahun duduk di perantauan bagai nak gila, tak kan nak pi overseas pulak. Memang idok ler... Semoga dapat tempat kerja yang boleh aku sentiasa ada dengan mak ayah aku. aminnnn.


Okaylah! dah sampai masanya kita sambung setady balik. babaiiiii !!!

Wednesday, May 13, 2015

Muka Comel tapi Capik !

Assalamualaikum....

kredit to mr.google


Hari ini ada sedikit kisah nak dikongsikan. Hari ni ada appointment dekat hospital. Lebih kurang dalam 2 jam lebih habis la treatment. Penat, lenguh dan kebas jangan cakaplah. Memang perkara biasa sejak setahun kebelakangan ni.

Masa nak balik tu singgah Kafe hospital sekejap. Dahaga kot tak minum 2 jam lebih. By the way, Nescafe ais hospital ni memang sedap dan murah. Itu yang paling penting! Masa dah siap beli semua nak pi parking kereta, adalah dua orang hambah Allah ni cakap dengan nada perasan diri tu sempurna sangat kata kat aku "kesiankan. Muka comel tapi capik" lepas tu gelak-gelak.

Masa tu Allah je tau perasaan aku. Memang lepas treatment tu kebas dan sakit menyucuk kat tapak kaki sampai aku terpaksa jalan terhenjut-henjut macam orang capik @ pincang.  Perkara biasa untuk pesakit spinal problem atau PID macam aku. Ada yang lebih dahsyat. 

Masa tu memang kalau ikut syaitan yang duk bisik ayat-ayat cinta ni dah aku maki hamun budak-budak tu (takde la budak sangat.lebih kurang baya aku juga aku rasa). Tapi ayat ape pun tak keluar dek kerana sakit hati sangat. Air mata tu keluar laju sangat. Tak tau la kenapa nak sentap sangat hari ni. 

Bagi aku, dah hang tak rasa apa yang aku rasa kalau hang tak simpati pun hang tak payahlah gatai sangat nak mengata kat orang. Tak ada orang yang nak sakit, cacat dan sebagainya. Semua orang nak sihat, nak normal dan nak bahagia.

Allah bagi ujian kat setiap hambah-Nya berbeza-beza. Jangan kita mengkeji orang lain sebab kita tak lalui apa yang orang lain lalui. Karma itu ada, aku hanya doakan dorang  ni tak mengalami nasib sama macam aku. Masa akan datang kita tak tahu. Allah yang tentukan semuanya.

Orang yang ade sakit macam aku tak pernah pun nak mintak simpati bagai, yang kami perlukan sekadar sokongan. Kalau tak nak bagi sokongan pun, zip mulut tu dari berkata benda-benda yang menyakitkan hati orang lain.

kredit 

for one who suffered the pain, please be patient. Life is too short to cry and to regret. Just enjoy it and be bless with it. God knows the best.

Sunday, February 22, 2015

Berhabuuuuukkkkkk beloggggggggg !

Salam. Hi all !

huishhh !!! lama gila tak update blog. berhabuk ... sental guna tuala putih "good morning" pun tuala kecik tu boleh jadi hitam baq hianggggg....

Tak silap last update belog ni tahun lepas. huh! lama tu. saya kat mana? saya kat mana ? masa tu memang tak dapat update sebab laptop saya rosak satu hal, busy satu hal dengan praktikalnya, kuliahnya, programnya, hal sendirinya hahaha. Macam-macam hal.


Now it's 2015.
i'm in my final year! yihaaaa ! Final year be nice ya... semoga Allah permudahkan segala urusan tahun akhir aku dan sahabat seangkatan. aminn ya Rabb.

Masa ni sepatutnya aku sibukkan siapkan draf proposal aku tapi aku melencong ke sini menaip ntah ape-ape. Sebenarnya masih pening nak buat pasal bahasa ke nak buat Maths. Bingung aku bingung. Tapi hati kecilku macam asyik mengira-ngira je. Maths la kot.

Proposal tak jadi apa, assignment tak sentuh lagi tapi aku dah tergedik-gedik tak sabar nak posting tahun depan. Paling penting duk pikiaq cheq nak mintak posting mana ni??? Labuan memang dalam list dah. Hat lain, guane tu???huhu

(sangkar kaca)

makin ku hitung makin kurang
makin ku baca makin tak terbaca
aku diam termenung
termangu merenung jendela
ya! aku tak perlu murung
usaha yang perlu kerna aku bukan di dalam sangkar kaca.

Nhanwar