Sunday, October 23, 2016

Kak Sylvia

Assalamualaikum...

Hari ini tergerak hati ingin menulis tentang salah seorang staf yang bertugas bersama ku. Kak Syl, orang yang ku anggap seperti kakak sendiri dan banyak membantu menringankan beban tugas ku.

Dulu, aku selalu ingat aku adalah orang yang paling malang kerana sering berulang alik ke hospital. Bukan sebagai Doktor tetapi sebagai pesakit. Bila tengok orang yang lebih sakit dan susah, hati ini lebih bersyukur. 

Now, I still continue my treatment. Setiap minggu ke hospital, SEKALI. Tapi Kak Syl ni seminggu 3 kali ke hospital. Hebat tak hebat Kak Syl ni. Hari yang dia tak ke hospital dia teman aku main badminton kat Dewan. Dahlah dia ni jenis tak pandai letih. Bukanlah tak reti letih langsung tapi lambat sangat nak letih. Aku dah basah lencun, kaki dan tangan dan kebas dia still steady lagi. Siap boleh gelak-gelak lagi.

Okay back to main story, aku cuma nak cakap ketika aku rasa akulah manusia paling menyedihkan dan paling malang di muka bumi ini, masih ada lagi sebenarnya orang yang lebih teruk dari aku. Dari dia aku belajar untuk lebih banyak bersyukur dan kurang mengeluh.

Kalau kau di luar sana ke hospital masih berteman, bersyukurlah 100 kali ganda. Kerana dalam tempoh beberapa tahun ini boleh dihitung berapa kali aku berteman ke hospital.. hahahaha.. Kalau nak diceritakan dari mula sampai akhir perjalanan aku sendiri mesti kau kesat air mata kesian. 

Benarlah Allah tak akan sekali-kali memberikan ujian jika kita tak mampu. Kepada insan yang struggle macam kami di luar sana, please enjoy every moment of your life. This is your journey, make it beauty or make it worse. you choose it! 


p/s : rindu sangat dengan hospital Sultanah Bahiyah :)

Tuesday, August 30, 2016

Assalamualaikum and Hi there...

Almost forgot that i have a blog... kira bertuah masih dapat ingat password selepas setahun lebih tak update blog dan selepas mengalami ujian-ujian2 manis dari Tuhan yang hampir membuatkan fizikal tak mampu bertahan namun kesembuhan merupakan hadiah terindah dan ujian menjadi penguat diri.. Cewahhh!!!!!!!!!!! 

Apa-apa pun Alhamdulillah. Terima kasih Tuhan atas penangan rindu MU terhadap hambah. Kini semakin bersyukur dan semakin menjadi insan yang berakal dan berhati..  : )

Selepas setahun lebih berlalu, i have my own career, i become old but not so old sebab banyak sangat kawan-kawan aku dah beranak pinak which mean aku dah jadi aunty. Now, the feeling is great but i miss my student life... sight!


will continue to the next story of  my life.