Sunday, October 23, 2016

Kak Sylvia

Assalamualaikum...

Hari ini tergerak hati ingin menulis tentang salah seorang staf yang bertugas bersama ku. Kak Syl, orang yang ku anggap seperti kakak sendiri dan banyak membantu menringankan beban tugas ku.

Dulu, aku selalu ingat aku adalah orang yang paling malang kerana sering berulang alik ke hospital. Bukan sebagai Doktor tetapi sebagai pesakit. Bila tengok orang yang lebih sakit dan susah, hati ini lebih bersyukur. 

Now, I still continue my treatment. Setiap minggu ke hospital, SEKALI. Tapi Kak Syl ni seminggu 3 kali ke hospital. Hebat tak hebat Kak Syl ni. Hari yang dia tak ke hospital dia teman aku main badminton kat Dewan. Dahlah dia ni jenis tak pandai letih. Bukanlah tak reti letih langsung tapi lambat sangat nak letih. Aku dah basah lencun, kaki dan tangan dan kebas dia still steady lagi. Siap boleh gelak-gelak lagi.

Okay back to main story, aku cuma nak cakap ketika aku rasa akulah manusia paling menyedihkan dan paling malang di muka bumi ini, masih ada lagi sebenarnya orang yang lebih teruk dari aku. Dari dia aku belajar untuk lebih banyak bersyukur dan kurang mengeluh.

Kalau kau di luar sana ke hospital masih berteman, bersyukurlah 100 kali ganda. Kerana dalam tempoh beberapa tahun ini boleh dihitung berapa kali aku berteman ke hospital.. hahahaha.. Kalau nak diceritakan dari mula sampai akhir perjalanan aku sendiri mesti kau kesat air mata kesian. 

Benarlah Allah tak akan sekali-kali memberikan ujian jika kita tak mampu. Kepada insan yang struggle macam kami di luar sana, please enjoy every moment of your life. This is your journey, make it beauty or make it worse. you choose it! 


p/s : rindu sangat dengan hospital Sultanah Bahiyah :)

No comments:

Post a Comment