Assalamualaikum....
Akhirnya dapat juga aku mengupdate blog aku yang berkurun terbiar...
Tarikh 16 Mei merupakan tarikh keramat dimana setiap orang yang pernah bergelar pelajar akan mengingati hari istimewa yang diraihkan setiap tahun iaitu HARI GURU !!
Dihari ini lah kita semua akan mengimbas kembali kenangan bersama guru.Belajar didalam ruang yang selesa atau tidak tetap menjanjikan ilmu yang akan dicurahkan oleh sang guru..
di hari 16 mei inilah kita akan ingat semula jasa-jasa yang guru-guru kita taburkan kepada kita...
Masa zaman sekolah aku dulu, hari guru ni antara hari yang paling best aku rasa...macam2 benda berlaku hari tu..cikgu2 aku pulak sepanjang hari tu duk sengeh je sebab anak murid bagi hadiah tu,..bagi kad ucapan pun ada..x kurang juga yang mengalirkan air mata sebab ade anak murid pi mntak maaf la..ye la kan dah buat salah kena mntak maaf la...macam2 aktiviti gak sekolah anjurkan..Memang best la !!
Kalau korang nak tau, guru ni walau seteruk mana pun pelajar itu, guru tetap mendoakan kejayaan bagi pelajarnya...sungguh mulianya hati mu wahai guru ku...guru tetap sabar dalam mendidik anak bangsanya..semoga para guru menjadi insan yang bahagia didunia dan akhirat.
Tapi.... aku kadang2 berasa agak pelik dan agak terkilan juga apabila ada sahaja saban hari kes pelajar cederakan guru, herdik guru, sepak guru dan macam-macam kes lagi la...dan ada yang lagi parah apabila ada ibu bapa yang tanpa usul periksa back up anak membabi buta, siap pi belasah cikgu pun ada....kononnya anak dia semua betul ( sorry aku bukan nak kata kat sapa2 so sapa yang terasa tu pandai2 la muhasabah diri balik)...Memang lah tak dinafikan ada guru yang mulut memang laser tahap dinasour tapi cuba kita ambil semua tu sebagai leteran membina..
mungkin akan ada yang kata "ko cakap senang la, aku yang dengar,telinga aku yang merasa, hati aku yang sakit"...tapi hellooooooooo aku nak kata kat sini siapa yang kata macam tu memang kene masuk prasekolah or tadika semula...aku pun pernah gak kena leter, kene denda oleh cikgu(mesti orang len pun ade gak yg kene kan??)...tp cuba la fikir sikit semua tu adalah salah satu strategi seorang guru untuk menempah sebuah kejayaan untuk anak muridnya...denda tu cikgu bagi supaya kita berubah
cuba korang ganti tempat cikgu korang...mesti korang pun buat bende yang sama..dan mungkin gak korang akan buat lagi teruk dari apa yang cikgu korang buat !
16 mei merupakan hari sambutan untuk mengenang jasa guru
so, sempena hari guru ni marilah kita sama2 ingat dan muhasabah diri balik...sapa2 yang tak pernah ucap " TERIMA KASIH" ngan cikgu tu ucaplah...sapa2 yang rasa ada "BUAT SALAH" dengan cikgu2 tu mintak maaflah..sebab kita ni kadang2 tanpa disedari memang banyak benda kita buat yang menyinggung hati cikgu2 kita..
Kalau kita tak mampu bagi hadiah atau hantar ucapan cukuplah jika kita selitkan doa untuk guru2 kita..kerana disebabkan mereka lah kita jadi seperti sekarang!
(bagi siapa2 yg jai penagih dadah, pemabuk, kaki pukul dan yang sewaktu dengannya tu bukan sebab guru or mak bapak korang ! tu salah korang sendiri ! )
Opps!!! sebelum terlupa, korang semua juga sangat digalakkan untuk mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada mak bapak korang kerana sebelum masuk sekolah, mak bapak kita adalah guru pertama kita...
16 Mei hari guru
hari mengenang jasa-jasamu
terima kasih ikhlas umtukmu
yang rela berkorban selalu
setiap pelajaran dan pesanan
menjadi penyuluh masa depan
ingatlah wahai kawan-kawanku
guru terlalu banyak berkorban
Lagu ini aku dedikasikan kepada semua guru-guru yang pernah mendidik aku, sehingga aku dapat masuk institut perguruan ni..insyaALLAH aku juga bakal mewarisi kerjaya mulia kalian...juga kepada pensyarah-pensyarah dan kawan2 yang juga bakal menjadi "CIKGU"...
thanks a lot to my parents too...coz always be my teacher until now..
TERIMA KASIH CIKGU !! JASA KALIAN AKAN AKU KENANG SAMPAI MATI....