She's got short-term Amnesia....that's what the doctor said..
Ari akan lupa apa yang jadi hari ni keesokan harinya. Walaupun tak lupa semua tapi hampir kebanyakan kejadian dia lupa. Kesian kat Ari. Aku ingatkan dia just lupa hari kemalangan yang jadi kat dia, tapi kami perasaan berapa hari lepas kemalangan dia still lupa.
Sampaikan kedudukan masjid kat IPG kami pun dia tak ingat kat mana. Mula-mula aku kata kat dia " tak kan ko tak ingat kot?" tapi lepas dia kata dia betul2 tak ingat aku rasa bersalah pula. tak ada niat langsung nak persendahkan dia.
Dari maklumat yang aku google, aku rasa Ari kena Anterograde amnesia iaitu suatu bentuk amnesia dimana peristiwa atau kejadian baru yang ada dalam ingatan jangka pendek tidak dipindahkan ke ingatan jangka panjang. Mungkin sebab tu Ari akan lupa kejadian hari ini keesokan harinya.
Ya Allah, sembuhkanlah Ari...
semoga Ari cepat sembuh dan dapat ingat balik...! amiinnnnn.....