Salam alaik... Semoga semua dalam keadaan sihat dan sejahtera.
Alhamdulillah malam ni dapat lg mencoret disini. Dapat cuti 2 hari alhamdulillah lega selepas penat kena kerja malam selama 4 hari. Sepanjang kerja malam macam-macam benda jadi. baik, buruk, seronok, sedih, mengantuk semua ada. Bila aku campur dan gaulkan akhirnya terhasillah resepi kegembiraan.
Hampir Kena Hack
Dengan keadaan dunia sekarang, bagi aku adalah perlu berwaspada dengan setiap orang disekeliling kita. Jangan pandang rendah orang lain atau jangan terlalu menyanjung. Berbuat baik juga kena berpada2 asalkan tak buat jahat. Tak tahu macam mana orang yg kita anggap kawan boleh datang tunjuk yg dia tengah 'menghack' accaunt kita. Kawan jenis apa dia ni ? eh silap ! Makhluk jenis apa dia ni. Dah buat jahat datang pula bgtau kita. Allah beri kita sebaik2 akal untuk digunakan tapi kenapa tak guna akal tu ?? Manusia.. Manusia..
Tindakan aku senang je... masa orang tu tengah tanya "marah ke ?" sambil sengeh macam kerang busuk. yg aku hanya senyum melihat betapa ceteknya akal dia. Dia plak naik pelik sebab aku just senyum and say "Sorry bro, ada akal kita kena guna. Ada teknologi kita kena manfaatkan" sambil sambung kerja aku. dia blah macam tu je macam tak ada apa2 yg jadi. Dia mgkin pelik sebab tak dapat hack. Orang kata sediakan payung sebelum hujan. Semoga anak2 mu tidak mewarisi perangai burukmu....
Isteri I gemuk, I tak suka
Seorang kawan bekerja tiba2 bercerita hal keluarganya. Kitorang panggil dia sotong bukan sebab dia lembut tapi orang kata muka dia macam sotong. Masalah aku x nmpak pun sotong tu macam muka dia. Disebabkan kerja terpaksa tinggalkan anak isteri. Apa yg melucukan bila dia kata dia call suruh isteri dia kuruskan badan, kalau tak dia nak buang dan cari lain. Alahai abg... Ingat ni lampin pakai buang ke??? Aku tahu dia hanya bergurau disebabkan kami semua dah mengantuk buat kerja. Aku just terfikir semua lelaki senang nak tinggalkan perempuan macam tu ke ?? aduh ! Kahwin itu sepatutnya tidak berlandaskan nafsu semata-mata. Isteri dia jadi gemuk pun sebab lahirkan zuriat dia. Tu pun masih tak bersyukur.
Abg Mat, aku dan kak Ayu
Abg mat supervisor kitorang. Sangat baik dan memahami. Tak macam supervisor lain, garang. Abg Mat dah pangkat ayah tp sbb semua orang panggil dia mcam tu kami pun ikut je la. Aku tabik sangat dengan dia. kerja berbelas tahun dan dapat bersabar dengan karenah mesin dan anak2 buahnya. kak Ayu suka ajuk cara abg mat cakap. Kak ayu dah macam kakak sendiri, dia jaga and habiskan masa dgn aku sepanjang cuti semester ni. Dia memang pakar mengajuk orang. Abg mat banyak bagi nasihat kat aku dan kak ayu. Semoga Allah sentiasa membantu dan merahmati Abg mat dan kak Ayu !
Sampai disini sajalah coretan untuk malam ini... :)