Friday, March 23, 2012

Sup Sayur telur

Assalamualaikum !


wah.. lama gila tak update blog. kalau rumah yang tak dikemas memang dah berhabuk dan bersawang sakan la gayanya. Hari ni tetiba je rasa rajin nak menaip kat blogku yang tak seberapa ni.


Hari ni tak ada kuliah, so sempat la masak Sup Sayur Telur.
Lunch hari ni simple saja. kepada kawan-kawan yang sangat busy tapi suka makan makanan berkuah dan teringin juga nak memasak boleh la try resepi ni. Mudah, Simple dan Senang nak buat.


Sup Sayur Telur Cik Long




Bahan-bahannya:

  • sayur sawi / kubis
  • telur (ikut korang nak bubuh berapa biji)
  • 3 ulas bawang merah - hiris/ tumbuk
  • 2 ulas bawang putih - hiris/ tumbuk
  • 1 1/2 bungkus kiub pati ayam
  • minyak masak
  • 600 ml / 700 ml air
  • garam secukup rasa
cara nak buat:
  1. panaskan minyak dan tumiskan bawang merah + putih.
  2. masukkan sebungkus kiub pati ayam.
  3. selepas tu masukkan air. biarkan mendidih.
  4. lepas tu masukkan sayur. tunggu dalam 1 atau 2 minit baru masukkan telur.( pastikan telur tu korang jangan pecahkan macam nak buat telur dadar. pecahan elok2 bagi dia bulat je kat dalam sup tu)
  5. masukkan 1/2 lagi pati ayam dan garam.
  6. tunggu samapai telur masak. Sedia untuk dihidangkan.
Senang kan nak buat ?  tak perlu banyak bahan dan makanan ni pun sesuai untuk orang yang tengah diet. :)
korag boleh je nak tambah fishball, sosej, kentang or lobak kalau nak. aku tak letak sebab bahan-bahan tu je yang ada.

Selamat Mencuba !