Saturday, August 4, 2012

Berhujung Minggu di Perlis !

Assalamualaikum...hope u all semua sihat wal'afiat..


Alhamdulillah.. habis je kuliah hari khamis aku terus ke perlis. Dayah (my housmate) ajak balik kampung dia. bila fikir2 balik seronok juga belajar jauh2 ni. At least dapat tengok negeri dan kampung orang. Paling best dapat kenal budaya dan bahasa dorang.

Dalam duk cuti kat Perlis ni satu apa pun tak buat. Padahal Assignments banyak gila nak kena hantar sebelum raya. Duk rilek tak habis2.


apa2 pun, walaupun tak buat apa kerja, aku tetap seronok (takut pun ada jgk,kerja tak siap katakan :P) sebab dapat gak merasa berpuasa dan solat teraweh kat masjid di negeri Perlis ni. Yang penting, aku dah rembat sepasang baju raya dan sehelai tudung untuk dipadankan ngan jubah aku !! Puas hati !! hehe

Sunday, July 29, 2012

Ramadhan datang lagi !

Assalamualaikum....


Lama gila tak update blog. Macam biasa, alasan utama ialah tak ada masa (malas sebenarnya). Kalau lah blog sama macam rumah dah confirm bersawang. Habuk x payah nak kata lah.. hahaha


sebelum terlupa aku nak ucap Salam Ramadhan semua !!! 


Ramadhan datang, Hadiah bermakna dari Allah !

Bukan senang kita nak bertemu Ramadhan. Setahun sekali je, itu pun kalau Allah panjangkan umur. Allhamdulillah, aku masih dapat bertemu ramadhan kali ni. Tahun depan tak tahu lagi.. mungkin ya dan mungkin tidak..

Ramadhan yang ke-9. Apabila aku di "removed oleh kawan sendiri". Kalau ya pun nak removed aku, bagitau aku apa aku dah buat. Apa salah aku. At least aku boleh ubah mana yang buruk, perbaiki mana yang tak baik. Paling tidak aku boleh minta maaf.

Sepanjang persahabatan ini pergaduhan tak pernah wujud. Mungkin ada something yang aku buat tanpa disedari. Keras sangatkah hati dia di bulan yang mulia ini.

Aku just harap persahabatan ini akan kekal. Walaupun aku selalu di pesan, persahabatan antara lelaki dan perempuan selalunya tidak akan kekal. Aku berharap bulan mulia ini adalah bulan yang paling bermakna untuk mu dan untuk ku...

p/s : sahabat yang baik akan menegur kesilapan sahabatnya. Bukan mengiakan kesilapan atau meninggalkan sahabatnya terkontang -kanting sendiri.