Showing posts with label Apa-apa je. Show all posts
Showing posts with label Apa-apa je. Show all posts

Sunday, May 24, 2015

Posting! Posting! Posting!

Assalamualaikum...

kredit

2 minggu ni sibuk dengan exam. Semester ni alhamdulillah ada dua paper je! satu paper dah lepas. Alhamdulillah, walaupun banyak lagi aku 'goreng' daripada aku muntahkan balik fakta apa yang aku baca. Tipikal student macam aku!

Lusa last paper! paper paling killer sepanjang aku study ni. Kata senior-senior akulah. Dah masuk tahun ke 5, tapi paper ni la aku rasa macam nak mati je... tak faham walau dah baca banyak kali. Paling sadis bila engko tnya kawan engko dengan harapan dia boleh share ilmu tapi dia pun sama je macam engko blur tak tahu ape. Hanya mampu berdoa dan bertawakkal semoga dapat menjawab dengan baik dan lulus paper AR ni.

Btw, malam ni alhamdulillah dah berjaya isi borang posting. Isi borang tu tandanya dah nak habis la zaman ko berjimba-jimba sebagai seorang dewasa yang tak sedar diri.. hehe.. kenapa la banyak sangat negeri kat Malaysia ni sampai nak pilih penempatan pun pening kepala. Nak isi overseas takut-takut dapat betul kang ade juga yang meraung tak nak pi. 

Ni pun dah 5 tahun duduk di perantauan bagai nak gila, tak kan nak pi overseas pulak. Memang idok ler... Semoga dapat tempat kerja yang boleh aku sentiasa ada dengan mak ayah aku. aminnnn.


Okaylah! dah sampai masanya kita sambung setady balik. babaiiiii !!!

Friday, July 4, 2014

HILANG TAPI TAK HILANG

Alhamdulillah baru selesai melunaskan hajat makan buah durian 4 biji (bukan 4 ulas okay!) dengan roomate tersayang dan 'roomate weekend jarang-jarang'... Bulan puasa melantak durian sebab agak murah. 9 biji  RM10 je. Malam ni mesti panas. Adeh!

Okay, back to our main topic, Kehilangan tapi sebenarnya tak Hilang.

Untuk pengetahuan anda semua ‘hilang’ diatas bukanlah ada kaitan dengan kehilangan orang tersayang yang di langgar angin sepoi-sepoi bahasa, bukan jugak ade kaitan dengan hilang duit, hilang laki, hilang bini atau hilang ape-ape yang korang sekarang tengah jangkakan.
Benda yang aku saja nak coretkan ni pasal hilang benda paling common. Biasanya terjadi kat orang perempuan tak terkecuali aku (lelaki pun jadi juga). Lebih-lebih bila dalam keadaan kelam kabut gaya ade taufan tornado nak membadai dalam masa sesaat dua lagi. Antara situasi kehilangan yang tak hilang pun sebenarnya :

1. Hilang handphone
Nenek korang tengah angin satu badan. Dah lama tunggu korang kat bawah nak hantar dia ke pasar tapi korang masih sibuk kat atas. Lantas secara kebetulannya, ade member korang call masa-masa kalut tu juga.korang ni punya la terkocoh-kocoh cari kunci la, cari beg la yang nenek kat bawah jenis tak reti sabar duk asyik menjerit nama korang je suruh cepat…

Nenek : eh, cepatlah. Apa lagi yang kamu cari tu.
Korang : kejap nek! tengah cari fon ni. Tak tau duduk mana, tadi elok je ada.Sekarang hilang kemana tak tau. (padahal korang masih jawab call member ni sambil membebel kat member fon kamu hilang)
Nenek : Jadi yang ade kat telinga kamu tu fon siapa?
Korang : rasa macam nak hentak kepala kat dinding masa tu jugak!

2. Hilang pen/pensel/sewaktu dengannya
Korang tengah tekun study. Salin nota kemain berjela (ntah baca balik ke tidak). Letih study korang pun bangunlah melunaskan hajat. Tak kiralah pergi toilet ke, bancuh air ke. Apa2 la. Tapi kalau korang jenis yang duduk study 5, 6 jam tak gerak-gerak tu lain cerita. Memang kematu la punggung. Paling teruk tak lama lagi korang akan kena sakit belakang. Percayalah!

Balik dari melunaskan hajat tu tetiba pen/ pensel korang lesap. Puas cari atas bawah meja tak jumpa-jumpa jugak. Masa tu ade antara korang mesti rasa nak mengamuk macam Zombie kan? Tak payah tipu, aku tahu lah.

Dah puas cari, rupa-rupanya ade kat celah telinga (jenis suka selit tepi telinga, yang pasti bukan aku orangnya. Muehehehe) tak pun ade je korang pegang kat tangan sebelah lagi (buta ke ape!)

Pada masa itu ade yang akan tergelak sorang2. Ade jugak yang rasa tahap IQ dia jatuh pada tahap paling bawah sekali !


Tu antara perkara yang biasa berlaku kat member-member aku. Serius tak pernah jadi kat aku (yang ni Tobat aku tipu! Baca perenggan kedua. Ahahaha). Kalau nak listkan banyak lagi benda yang ada kehilangan padahal tak hilang pun. Yang lain tu pandai2 korang la listkan sendiri. Letih ! k bye. Salam!

Sunday, June 29, 2014

Marhaban ya Ramadhan

kredit to uncle google :)
Marhaban ya Ramadhan...

Alhamdulillah bertemu lagi diramadhan mulia ini :')

it's 1:39 am and i can't sleep. And alhamdulillah it's ramadhan, ramadhan 1st (hampir2 lupa dah berapa kali ramadhan di perantauan.eh! ). Yeah ! yeah ! yeah ! Jom berlumba-lumba meningkatkan amalan...(melainkan engko yakin tahap dinasour ko akan jumpa ramadhan akan datang boleh la engko excuse.ermm...)

Agak lama aku tidak mencoret di muka belog ku ini. Jika belogku ini mampu berbicara mungkin dia akan kata "rajin pulak engko nak 'mengupdate' malam ini, mimpi ke??' tak pun 'kalau aku sebuah rumah, dah banyak sawang dan berlapis2 habuk kalah kek lapis sarawak disebabkan engko yang malas'.. hehe..alhamdulillah belog ini tidak bisa berkata-kata !

Aku tak tahu nak kata apa, yang pasti aku perlu luahkan sesuatu walaupun belogku tidak ada pembacanye.. hehe.. Ramadhan kali ini membawa rahmat yang besar. Ramadhan yang lepas aku di uji, kami semua di uji dengan sakitnya seorang sahabat. Dengan kuasa Allah aku melihatnya berdiri dihadapan ku saat ini. Berjalan, berceloteh, gelak, makan dan hidup macam manusia biasa sama seperti ku.

Hari pertama dia datang ke kampus dan aku bertembung dengannya, keluh lidah untuk berkata-kata. Hanya air mata yang tertahan-tahan untuk mengalir dek kerana gembira sangat. tak pasal2 banjir kampus ni, ye dak? hahaha. Macam tak percaya sahabatku kembali seperti sedia kala, yang dulunya semua pergerakannya memerlukan pertolongan dan bantuan kawan-kawan lain. Alhamdulillah dan sujud syukur yang mampu aku lakukan atas rahmat dan pertolongan Allah. Siapa aku dan kamu untuk menidakkan kekuasaan-NYA :') ?

Aku lihat sahabatku itu sihat cuma ingatannya agak terganggu. Ya, benda itu perlukan masa untuk pulih apabila ia berkaitan dengan otak anda. Hikmahnya, dia tak ingat langsung apa yang berlaku sepanjang dia sakit dan berkampung di hospital selama lebih 2 bulan. Mungkin itu yang terbaik kerana lebih banyak pahit daripada manisnya. Hanya Allah yang tahu.

Apa yang sedihnya, dia lupa insan-insan yang banyak berkorban masa dan wang ringgit sepanjang dia sakit. Tentunya orang itu bukan aku! haha..So, sehari sebelum ramadhan aku bawak dia jumpa seorang makcik dan keluarganya yang sudah aku anggap seperti ibu sendiri. Kami berusaha mengingatkan dia. Alhamdulillah ada juga secebis ingatan walaupun aku tahu apa yang berlaku sepanjang perjumpaan dia dengan makcik sekeluarga ini ada risiko dia akan lupa. Ok, if that happen, i will force her to read my belog. Muahhhehehehe..

kredit lg untuk uncle google! Family ada di mana2 selagi Allah ada dihati :')

Saja nak menambah perisa, aku ingat lagi dulu masa sahabat aku ni sakit, aku pun ade la juga jatuh sakit tapi takde la teruk mana. Bila sakit dan tertekan emosi pun tak stabil, kan ? kan ? So, aku terkena la penyakit 24 jam sehari ni aku duk rasa sayu tanpa sebab plus air mata aku memang tak berhenti nak keluar. Korang pernah kena tak? jadilah keadaan aku meroyan rindu sangat kat mama tapi tak nak call mama sebab takut mama risau. Tiba-tiba makcik call, disinilah makcik tunjukkan kasih sayang seorang ibu even aku bukan anak kandung dia pun. That's why bila aku rindu rumah sangat-sangat tapi aku tak dapat call mama (sebab mama kadang2 busy kalah PM. Serius!) makcik ni la tempat aku mengadu. Dapat dengar suara dia or jumpa dia kejap pun aku dah boleh lega dan peratus untuk kembali normal dari meroyan sangat tinggi :) . Thanks a lot Makcik ! aku tak kan lupa makcik ini melainkan Allah tarik ingatan aku. Nauzubillah..

Semoga aku dan anak-anakku (bakal anak2 i mean :P) akan jadi seperti keluarga makcik ini. Sangat baik dan suka membantu...semoga syurgala tempat makcik sekeluarga.

1 lagi, malam ni aku rasa nak terbang balik rumah ! really need my family... Semoga Allah memberi rahmat, hidayah, kesihatan yang baik dan kegembiraan bulan mulia ini kepada mama, bapa dan insan-insan yang membuatkan aku gembira menjadi marhaen di bumi Allah ini tanpa melupakan aku hanya hambah-NYA yang kerdil yang sentiasa memerlukan pelukkan cinta-NYA.

Tu ja aku nk habaq kat belog ni. k, bye..sehingga bertemu lagi. Insyaallah >>> :)

Monday, February 18, 2013

Elaun Oh Elaun !

Assalamualaikum, salam Malaysia sejahtera !

Tengok tajuk diatas ?? Elaun... yup it's all about allowance!


Masalah yang tak surut-surut lagi sejak tiga minggu yang lepas. Students dah mengamuk sebab elaun ni lambat masuk. Apa lagi bila, sahabat2 dikampus yang lain tengah bersenang lenang dapat beli dan bayar keperluan masing-masing. Tapi, lain kisahnya dikampus kami. Pengurusan sangatlah lambat. 

Sehingga hari ni jawapannya tunggu, minggu depan elaun masuk. Asyik benda yang sama tapi berapa kali minggu depan tu pun aku dah tak larat kira. Memang ada yang kata, "hey, guys! sabarlah sikit. Bukan hampa je ada masalah." That's right ! bukan kami je yg ada masalah. Sebab itulah, jika kita nak orang fikir macam tu pasal kita, kita kena fikir sama masalah orang lain. Tapi lain ceritanya jika dah masuk minggu ketiga pun masih disuruh bersabar tanpa ada penjelasan. Apa yg paling panas ialah bila dijanjikan hari. Kalau dah tak pasti bila baru dapat masukkan, sila jangan berjanji. Kerana jika tak ada harapan, maka tak adalah kehampaan. That's what i thought. Tak ada kena mengena dengan yang hidup dengan yang mati. 

Hari ni, terkejut juga bila ke kampus ternampak banner terpampang "menuntut elaun". Wah ! memang gila. Tak pernah2 jadi macam ni. Memang kesabaran dah sampai limit.

Pensyarah kata, dah tak ada elaun ni sabarlah banyak2. Mintalah elaun mak ayah dulu. Memang betul boleh minta elaun mak ayah tapi adakah semua mak ayah pelajar mampu?? adakah yang mampu pun jika tiap2 seminggu dua kena bankin kat anak tak akan mengeluh?? jawapannya tak semua mampu ! Ada sahabat2 kat sini yg tidak dapat langsung elaun mak ayah malah dia pula yang terpaksa kirimkan duit ke mak ayah. So, macam mana tu ??? korang fikirlah sendiri.


Bukan tak bersyukur, tapi kalau dah sampai dapat amaran bil air, bil elektrik, bil internet dan segala bil akan dipotong aku pun tak larat apatah lagi sahabat2 yang sama macam aku. Menyewa diluar kampus. Paling menyedihkan ada tuan rumah yang ugut nak halau kalau tak jelaskan Duit sewa rumah dalam masa terdekat. Ini tak tambah lagi dengan tugasan2 yg memang memerlukan duit untuk dilaksanakan. Sebab kertas tak ada yang free, ink printer pun tak ada kedai yang nak bagi free. Alhamdulillah dalam bab tugasan ramai pensyarah yang prihatin.

Harap-harap elaun masuk secepat mungkin. Aku yakin Allah akan tolong orang-orang yang menuntut ilmu !!!

p/s: hanya bersabar tanpa tindakan kadang-kadang tak akan mengubah apa-apa. Manakala bersabar dengan tindakan tanpa memohon pertolongan Allah itu selalunya lagi merumitkan keadaan.

Sunday, February 10, 2013

Macam-Macam Hal!

Assalamualaikum ... Hi guys !! alhamdulillah dah sampai rumah dengan selamat... Terima kasih ya Allah...

Post kali ni tak ada yang special sangat. Aku just baru balik dari Sungai Petani jumpa kawan aku, Nabilah. Ni kawan aku dari darjah 1 lagi. Kami kawan dan sekelas sampai form 5. Malangnya bila masuk U, x dapat tempat yang sama tapi yang baiknya aku ditempatkan satu negeri dengan dia !!! so, bila cuti aku melelong pi lepak bilik dia. (sungai petani tu kat mana ??? Mai nak habaq mai.. kat kedah la. tak tau kedah duk tang mana pi tanya encik google nah)

Aku boring so, aku nak kongsi cerita macam mana kekalutan aku naik bas nak balik rumah. Ni satu hal yg paling aku tension, bila nak naik bas dari S.Petani ke Alor Setar mesti nak berebut, berasak-asak nak naik. tension wuuu... samalah halnya dengan hari ni. Hari ni pula cuti raya cina so, bangla2, myanmar2, and vietnam2 yg kerja kilang cuti. so, dorang pun amek peluang jenjalan pi Alor Setar. Bas besar 2 tingkat tu penuh ngan group dorang je. Tak silap aku, tak sampai 10 orang kot orang melayu. Dalam hati x berhenti doa supaya dapat duduk ngan pompuan juga.

Masa nak naik tu mmg pakat berebut. Aku tak mau berebut so aku pi tepi dulu, bagi dorang berebut sepuas hati dorang. Tapi, Alhamdulillah sangat ada sorang bangla yang budiman bagi aku naik. (semoga Allah membalasnya dengan pahala). so, aku x payah berasak-asak dan selamat dari bersentuhan ngan lelaki2 tu semua.

Naik je kat atas bas, bahagian bawah dah full. Naik atas, banyak kosong tapi semua lelaki duduk. Orang asing plak  tu. Takut gak. jalan ke belakang... second last ada kosong tapi sebelah tu lelaki juga. Dalam hato aku " lantak lah yg penting orang melayu". Dengan penuh serba salah dan sedaya upaya buat muka kesian aku tanya "assalamualaikum, ada orang tak duduk sini?" dia jawab" eh x ada.. duduk la". alhamdulillah. Selesai satu masalah.

Masalah baru bermula...

Dah duduk lama sikit, sembang la juga ngan orang sebelah ni. Alhamdulillah, nampak baik dan ramah. Lagi lega sebab dia baru umur 19. hahaha.. baya2 adik aku dowh...bagus3... tak la aku segan sangat.

Dah lama duduk, aku pusing kat orang sebelah... lah.. rupa2nya dah tidur... Lega tak payah aku nak sembang mmg tengah sakit kepala. Tapi yg x syoknya, dah tidur tu landing elok je kat bahu aku. Berat tau x ??? 
anjak kedudukan tapi makin jatuh gak kearah aku. Adoi.. nak kejut kesian, x kejut aku yg kesian. Kalau adik kandung aku x apa la juga.

Last2 aku kejut gak, malangnya x sedar2 juga. Aku hempuk gak ngan buku baru padan muka! tapi x sampai ati nak hempuk. Penat sangat la tu, sebab dia bagitau baru balik dari kem.. Kem ape tak tau..Malas nak tanya. Bertahanlah aku sampai satu lagi masalah datang...putus asa aku kejut budak ni.

Lelaki gila mai dah....

Sampai disatu perhentian. Semua orang belakang turun. Sorang lelaki naik. Pakai jaket ada logo TM, Muka cina tapi pakai serban hijau. mula2 naik dia terus duduk betul2 kat belakang. Rasa x sedap ati dah sebab nampak macam x betul je. Dia start dah membebel sorang2 pas tu hisap rokok. sesak nafas... huhuhu

Rasa macam makin dekat je ngan aku. Aku pusing2 belakang tu dia... betul2 tengah tenung aku sambil hembus kat muka aku ! Busuk sungguh !!! mentera ape dia baca pun aku tak tau. Allah je tau betapa takutnya aku masa tu. dia Pindah duduk kat tepi sambil mintak tolong aku bukakan dia satu pelekat bentuk keris. Ada lambang jata negeri kedah. Nak tak nak aku tolong gak sebab aku takut dia bertindak luar kawalan.

Aku dah tak tahan, Last2 aku jerit budak yg duk syok tidur ni. Aku jerit and tolak budak tu sebab aku tengok pakcik tu dah londeh seluar!! memang gila ! Alhamdulillah bangun gak dia. bangun2 tu nampak sgt dia terkejut and malu.. hahaha.. tau pun malu.. tu la tido mati ! aku bagitau pasal pakcik tu. Dia tengok pakcik tu, dia pun nampak cuak gak. Adoi... Alhamdulillah bila pakcik tu tengok dia dah bangun terus dia blah pi duduk kat depan. Bila pakcik tu dah duduk depan baru orang lain prasan, lepas tu dia buka plak baju.. teruk betul ! x sampai 20 minit dia turun kat tingkat bawah.Fuhhhh !!!!!!!!! lega... Alhamdulillah.

Pengalaman yang sukar nak dilupakan. Macam2 hal manusia kat bumi ni! Walaupun orang sebelah aku ni buat SALAH sebab landing kat bahu aku, tapi aku maafkan sebab dia aku selamat dari duduk dengan orang asing, sebab dia juga pakcik gila tu tak terus kacau aku... Thanks to adik Mirul...Perkenalan yang singkat, semoga dia menjadi anak yang soleh dan hamba yang bertaqwa kepada Pencipta ... 

that's all for tonight! see ya !!

wassalam.

Saturday, January 26, 2013

Bersangkah Baik Dengan Allah

Assalamualaikum.... salam bahagia semua 

Malam ni agak boring walaupun ada banyak kerja yang perlu dilunaskan. Bukan tidak mahu buat tapi idea nak susun bahan-bahan ni tak ada. Endingnya aku buka Facebook...walaupun Buku yg sebenarnya menjerit minta dibaca lagi !

Sambil tangan ligat skroll kebawah, ternampak classmate shared satu cerita sedih. Mula2 memang malas nak baca tapi hati ni kuat je kata baik baca.

Kisahnya tentang perginya seorang mujahidah yg baru melihat dunia ini selama 20tahun. Serang anak yang baik pada pandanganku. Apa yang menarik perhatianku, walaupun disaat2 akhir hidupnya, dalam keadaan sakit yang amat dia tetap bertahank. Tetap bersangka baik dengan Allah. Dalam keadaan tubuhnya memuntahkan isi perutnya tanpa henti dia tetap kata Allah bantu, muntah rasa macam meludah je.. Ya Allah betapa mulianya gadis ini.

Aku baca kisahnya sampai habis. Air mata menitis. Ada juga disebutkan tentang dakwah. Dia kata Allah marah kepadanya kerana tidak berusaha mencari jalan dakwah lain apabila jalan dakwahnya menemui kegagalan. Disini melaluinya kita tahu jalan dakwah itu banyak yg terbuka apabila satu jalan tertutup. kena dakwah dengan bersungguh2. Mahu dan tak mahu je...aku tak kata kat orang lain tapi aku cuba sampaikan kepada diri sendiri.

Betapa kuatnya gadis ini mengharungi akhir hidupnya sehingga mak ayahnya pun redha. Redha mereka membuatnya sentiasa redha atas ketetapan illahi. Jika aku ditempatnya, mungkin aku tidak sekuat dia. Tapi aku berharap aku boleh kuat sepertinya.

Walau sakit, walau perit yang ditanggungnya dia tetap bersangkah baik dengan Allah. Sentiasa berkata Allah pembantu disebalik segalanya. Ya, bila dalam kesusahan kita kadang2 bersangka buruk denganNYA. Padahal disebalik itu, ada bahagia yang diselitkan.

Terima Kasih kepada ibu almarhumah yang berkongsikan cerita ini. terima kasih kepada kawan yg shared kisah ini. Semoga kalian sentiasa dalam rahmat dan limpah KasihNYA...

Semoga Siti Hajar sentiasa bahagia dialam sana... Ya Allah, rahmatilah Dia.. bahagiakanlah dia dan tempatkanlah dia dikalangan hamba2 MU yang beriman dan beramal soleh.


Sunday, January 6, 2013

Tahun Baru !

Alhamdulillah segala puji dan syukur hanya untuk Allah s.w.t ...


Alhamdulillah juga kerana masih berpeluang 'mengupdate' blog ini...

Sebelum terlambat aku nak ucapkan 'happy new year !'... cakap pasal tahun baru ni ada orang serba serbi kena baru... tapi yang paling coman sekali ialah azam baru ! yup, azam baru ! azam tahun lepas pun x dapat penuhi semuanya ada hati nak buat azam baru lagi

aku pun dah kembali ke kampus dengan hati yang berbunga-bunga...semangatlah katakan nak masuk semester baru. Walaupun agak sedih   tinggalkan kerja part-time aku ! padahal bukan seronok mana pun kerja. Yang seronoknya kawan2 yang ada kat tempat kerja. tak tahu bila lagi dapat jumpa dorang.


pejam celik, pejam celik, alhamdulillah celik lagi....tengok-tengok dah masuk tahun 2013...

Tahun baru, rumah baru, semester baru, lecturer baru, kelas baru ... yang paling penting semangat baru ! tak lupa juga, kucing baru.. hewhew ~~~ :)

tahun ni tak ada azam yang baru sangat, sebab bukan tahun baru pun aku boleh buat azam baru... hahaha

apa2 pun, aku harap tahun baru ni lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas...



Tuesday, November 27, 2012

Cuti selepas kerja malam

Salam alaik... Semoga semua dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Alhamdulillah malam ni dapat lg mencoret disini. Dapat cuti 2 hari alhamdulillah lega selepas penat kena kerja malam selama 4 hari. Sepanjang kerja malam macam-macam benda jadi. baik, buruk, seronok, sedih, mengantuk semua ada. Bila aku campur dan gaulkan akhirnya terhasillah resepi kegembiraan.

Hampir Kena Hack

Dengan keadaan dunia sekarang, bagi aku adalah perlu berwaspada dengan setiap orang disekeliling kita. Jangan pandang rendah orang lain atau jangan terlalu menyanjung. Berbuat baik juga kena berpada2 asalkan tak buat jahat. Tak tahu macam mana orang yg kita anggap kawan boleh datang tunjuk yg dia tengah 'menghack' accaunt kita. Kawan jenis apa dia ni ? eh silap ! Makhluk jenis apa dia ni. Dah buat jahat datang pula bgtau kita. Allah beri kita sebaik2 akal untuk digunakan tapi kenapa tak guna akal tu ?? Manusia.. Manusia..

Tindakan aku senang je... masa orang tu tengah tanya "marah ke ?" sambil sengeh macam kerang busuk. yg aku hanya senyum melihat betapa ceteknya akal dia. Dia plak naik pelik sebab aku just senyum and say "Sorry bro, ada akal kita kena guna. Ada teknologi kita kena manfaatkan" sambil sambung kerja aku. dia blah macam tu je macam tak ada apa2 yg jadi. Dia mgkin pelik sebab tak dapat hack. Orang kata sediakan payung sebelum hujan. Semoga anak2 mu tidak mewarisi perangai burukmu....

Isteri I gemuk, I tak suka

Seorang kawan bekerja tiba2 bercerita hal keluarganya. Kitorang panggil dia  sotong bukan sebab dia lembut tapi orang kata muka dia macam sotong.  Masalah aku x nmpak pun sotong tu macam muka dia. Disebabkan kerja terpaksa tinggalkan anak isteri. Apa yg melucukan bila dia kata dia call suruh isteri dia kuruskan badan, kalau tak dia nak buang dan cari lain. Alahai abg... Ingat ni lampin pakai buang ke??? Aku tahu dia hanya bergurau disebabkan kami semua dah mengantuk buat kerja. Aku just terfikir semua lelaki senang nak tinggalkan perempuan macam tu ke ?? aduh ! Kahwin itu sepatutnya tidak berlandaskan nafsu semata-mata. Isteri dia jadi gemuk pun sebab lahirkan zuriat dia. Tu pun masih tak bersyukur.

Abg Mat, aku dan kak Ayu

Abg mat supervisor kitorang. Sangat baik dan memahami. Tak macam supervisor lain, garang. Abg Mat dah pangkat ayah tp sbb semua orang panggil dia mcam tu kami pun ikut je la. Aku tabik sangat dengan dia. kerja berbelas tahun dan dapat bersabar dengan karenah mesin dan anak2 buahnya. kak Ayu suka ajuk cara abg mat cakap. Kak ayu dah macam kakak sendiri, dia jaga and habiskan masa dgn aku sepanjang cuti semester ni. Dia memang pakar mengajuk orang. Abg mat banyak bagi nasihat kat aku dan kak ayu. Semoga Allah sentiasa membantu dan merahmati Abg mat dan kak Ayu !

Sampai disini sajalah coretan untuk malam ini... :)

Wednesday, November 21, 2012

Cuti dan Kerja

Assalamualaikum. Harap semua sihat wal'afiat.

lama tak update blog sejak busy dengan exam hari tu. Agak2 kalau rumah macam mana tebal habuk dia ek ???



Alhamdulillah dapat habiskan semester 2 ni tanpa banyak masalah. Syukur sangat atas pertolongan Allah s.w.t. sekarang dah masuk 2 minggu lebih cuti semester. Insyaallah panjang umur  dapat sabung plak semester yang ke-3 tahun depan.

Cuti ni tak macam cuti tahun2 lepas. Selalunya aku adalah orang terawal blah dari kampus. Walaupun kadang terpaksa berkampung kat LCCT sebelum flight balik Kota Kinabalu. Tahun ni seluruh cuti aku habiskan kat semenanjung, 90% kat negeri kedah ni jugak :'(

Allah je yang tau macam mana rindunya aku kat family aku. Disebabkan beberapa masalah yang kena settle sebelum berakhirnya tahun ni,terpaksalah tak balik. Aku dah dipilih nak buat macam mana... Nasib baik dah balik bulan jun hari tu, kalau tak teruk juga la rasanya. Mana nak tahan tak jumpa mak bapa dalam setahun. Orang lain boleh kot, tapi aku tak boleh.


Plan awal nak kerja kat pusat Tuisyen tapi sebab beberapa faktor tak jadi. So, untuk memanfaatkan masa cuti aku yang sangat jarang2 dapat ni, aku dengan kawan pi la kerja kilang. Mungkin ada yang kata "ermm..kerja kilang ? Ape kelas ?? " so what guys ?? yang penting halal dan dapat duit. Kerja kilang seronok ape, setiap kerja tu ada kelas dan ada kualiti dia masing2. Kalau tak ada pekerja kilang alamatnya lumpuh lah ekonomi negara. Ingat tu.

Kerja ni memang menyimpang jauh dari profesion sebenar aku. Tapi alhamdulillah sebab aku tau kenapa aku ditakdirkan habiskan separuh cuti aku dikilang tu. Aku bergaul dengan macam2 jenis orang dari berbagai warna kulit, agama, bangsa dan negara termasuklah bermacam-macam ragam. Sangat melatih mental dan fizikal aku.

Hari pertama kerja aku bagi banyak sangat barang 'reject'. Almaklumlah budak baru. Hari tu memang sedih sangat sebab dari pagi sampai petang asyik kena marah je dengan leader :'(.. Respect betul kat orang yg boleh bertahan belama kat situ. Alhamdulillah kawan2 banyak tolong tunjuk ajar.

Alhamdulillah hari ketiga sampai semalam, leader letak aku kat tempat mesin entah apa2. Tak pernah tengok sebelum ni. terpaksa ganti tempat orang yg tak datang kerja. Biasalah budak baru memang kena tarik kat mana2 je.Ikut suka hati dorang la nak letak kat mana dorang rasa nak letak.Belajar macam2 termasuk perbaik mesin. Technician pun baik, siap tunjuk ajar sekali. Last2 aku pun pandai. Bila mesin hang aku perbaik sendiri. Rasa seronok sangat. 2 hari asyik kena marah. lepas dapat belajar handle mesin terus kena puji je... tu la kata orang bersusah2 dahulu ,bersenang2 kemudian.

Apa yg lawak skali aku rasa masa mula2 masuk rasa kekok sangat bila kawan2 Myanmar and Vietnam ajak sembang. Language problem la katakan. Terpaksa guna bahasa isyarat sekali. Alhamdulillah kawan2 yg lain boleh english. Tak lah susah sgt. 

Penat kerja tak sama dengan penat study. Tapi selagi keikhlasan tu ada, setiap apa yang kita buat walau penat macam mana pun tetap akan rasa happy. Kerja ni betul2 treat aku macam mana nak handle manusia yg berbagai ragam. Satu hari nanti mungkin akan dapat tolong aku untuk jadi pendidik yang lebih baik.

p/s :Kepada kawan2 yg pandang rendah kpd kerja kilang, please delete it now! tak semua yg berperangai tak elok. Manusia semua sama, yang membezakan kita ialah iman dan attitude kita. :)


Friday, October 26, 2012

Eid Al-Adha Mubarak !

Alhamdulillah raya Aidiladha datang lagi !
Salam Aidiladha semua...


Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.




Seperti biasa, bila raya qurban datang, ramailah umat islam menyembelih kambing dan lembuh. Dikejiranan aku pun ada buat juga. Apa yang penting niat kita mengorbankan binatang2 tu kerana Allah s.w.t. Baru dapat ganjaran diakhirat kelak. Bukannya niat nak kena sanjung sebab derma paling banyak lembu dan kambing untuk disembelih.

Ini merupakan raya qurban aku yang ketiga diperantauan. Alhamdulillah walaupun rindu dan teringat rumah dah family serta masakan mama yg sangat sedap. Aktiviti aku macam biasa sejak duduk diperantauan ni, lepas solat raya belek buku dan study walaupun tak dapat fokus sangat. Al maklumlah raya qurban selalunya dekat2 dengan hari nak exam.

Hari ni memang tak kemana-mana macam tahun lepas. Just duduk rumah dengan seorang kawan yang sama macam aku juga, makan, study dan tengok tv sambil menghabiskan kredit sembang dengan adik pompuan aku yang sangat annoying. i miss her :'( mama dan bapa pun call banyak kali hari ni. Seronok ! Seronok !

lepas puas mengoogle ni la dia gambar buras berasaskan beras

ni yg sejenis lagi tapi berasaskan pulut

ini ayam masak lengkuas
sedap dimakan bersama buras

Teringin makan buras dan ayam masak lingkuas. Masakan tradisional orang Bugis  yang wajib ada tak kira raya puasa atau raya qurban. 3 tahun dah tak dapat rasa makanan ni. Inshaallah tahun depan !

Thursday, October 25, 2012

Mood Study Hilang Melayang

Salam alaik.... may Allah bless you all...
Esok dah nak raya.. raya apa ? Raya Qurbanlah !!

Dah pukul 1.35 am dan aku masih belum mengantuk. Buku ?? of course aku akan mengantuk apabila baca buku. tak tahu la kenapa ?? dah habit kot.. hehe :) lepas menaip ni aku baca buku supaya mudah nak lelap..hehe

Malam ni tajuk-tajuk yang ada dalam buku Pergerakan Asas dan Education hanya dibaca sepintas lalu. Apa nak jadilah dengan pointer semester ni. Mood Study memang payah nak dapat. ko je yang malas sebenarnya... 

excited dapat sembang.. hehe

Disebabkan malas yang melampau, (ASTAGFIRULLAH....) aku call mama, sembang-sembang tanya mama buat apa ? bapa buat apa ? my bro and sis buat apa ? dengan bijaksananya mama kata "ni mesti saja tak nak study kan? kan tadi mama baru je call.." dengan sengeh memanjang aku terus terang kata aku tak ada mood..dan mama dengan selambanya kata "bila masa yg ko ada mood?" kan dah terkena ! aduh !

Mama lah yang paling memahami, aku tau mama bukan marah betul-betul pun. i'm lucky to be your daughter!!

Malam yang sangat malas ni jugaklah ramai kawan2 yang online kat skype. Tengok2 sorang kawan kat Iran call. Alamdulillah..dah lama tak dengar khabar dia. Anak dia Rose pun makin cute. (tetiba rasa nak ada anak). Sempatlah sembang-sembang pasal aktiviti dan ucap salam Aidil Adha kat Parisa sekeluarga.

apa-apa pun selamat hari raya Aidil Adha dan selamat menghadapi peperiksaaan bagi yang ada exam !!!



*read the book even you feel like you wanna burn that book*

Wednesday, October 10, 2012

Curi lagi

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia !
”Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana”


(Surah Al- Maidah ayat 38)

Kalau ikutkan, hukum mencuri ni HARAM !! dan hukumannya ialah potong tangan.


Curi lagi ??? ya .. itu lah yang terjadi ...kes curi yang tak pernah habis-habis.

Semalam duit aku lesap RM50, dicuri dek orang. Malam ni aku buka Facebook seorang lagi kawan kehilangan duit. RM100, lebih banyak dari aku. Nampaknya kes curi kat kampus ni makin menjadi-jadi. Tak kesian ke kat orang lain? duit tu bukannya aku kutip dan boleh petik macam daun kat tepi jalan.

Sebelum mencuri tu cuba bayangkan dulu anda berada ditempat orang lain. Macam mana kalau harta anda pula yang dicuri ? Sakit hati kan ? marah kan? sedihkan ? dan mungkin juga anda dah sumpah serana orang tu. 

Sedih sangat bila hilang duit tu. Mungkin bagi orang lain setakat RM50 apalah sangat. Tapi bagi orang yang susah dan miskin macam aku ni, jumlah tu besar sangat. Duit itu la aku keluarkan untuk bayar bil-bil semua. Alih-alih kena curi pula. 

Lepas dah tau duit aku hilang, tak boleh nak buat apa-apa. Hanya berserah dan redha je lah. Allah maha melihat setiap sesuatu. Aku halalkan orang yang curi duit aku, mungkin dia lebih susah dari aku, mungkin juga dia sangat terdesak sampai terpaksa mencuri. Aku tak tau, dan hanya mampu bersangka baik.

Aku call mama, bagitau duit aku orang ambil. Mama kata sabar, halalkan saja. Mungkin dia lebih susah dari kita. Itu lah mama, sentiasa melegakan hati aku yang sedih. Terima kasih mama. Kalau orang lain mungkin dah sumpah serana pencuri tu, tapi aku tahan hati. walaupun air mata mengalir laju juga. ye lakan, sekarang dah hujung semester. duit dah kering, tapi banyak benda kena bayar. Just think positive. 

Kepada pencuri-pencuri diluar sana, Insaflah. Mungkin orang tak tengok tapi ALLAh tak pernah tidur walau sedetik. Hukum Allah itu juga adalah pasti. Aku hanya mampu bersabar dan memaafkan tapi aku tak mampu menghentikan. Diri anda sendirilah yang patut menghentikannya.

wallahu'alam.

Sunday, October 7, 2012

Kakak Kemboja

Assalamualaikum...alhamdulillah masih diberi peluang untuk aku bernafas di muka bumi Mu ini Ya Allah... 


Apa kena mengena dengan tajuk "kakak kemboja" ????

Tengah aku kusyuk tengok tv, housemate aku kat luar panggil aku...ya, ada seseorang yang tak dikenali datang dan tengah duduk dengan eloknya didepan rumah kami. 


kakak tu siapa?? nak apa ?? rasa macam tak kenal...memang tak kenal pun.

bersama dengan kakak ni ada sebuah beg yang diletakkan kat atas sebuah troli untuk ke pasar tu. Tak tau macm mana aku nak gambarkan..kiranya troli tu berfungsi untuk memudahkan dia mengangkut beg tu tanpa perlu mengangkatnya.

Dalam beg kakak tu ada banyak kain.Kain baju kurung. Aku tanya kawan, siapa kakak ni ? kawan kata, kakak ni datang bawak kain baju.. owh...kakak ni nak jual kain rupanya.

Dalam hati aku sangat kesian tengok kakak ni. Jauh-jauh datang usung kain yang banyak tu. Tak henti-henti kakak ni pujuk supaya kami beli kain itu. "beli la dik. satu pun tak apa. kakak datang dari jauh. dari kemboja. kakak jual murah saja RM 35 saja". ini antara ayat yang keluar dari mulutnya. Ada lagi yang betul-betul buat aku kesian kat dia.

Aku fikir macam mana nak beli, kain baju kurung sehelai tak jahit lagi. Lagi pun sekarang ni aku juga memang tengah tak ada duit. Kawan aku lagilah tak dapat beli. baru je beli baju 3 pasang.

Bincang punya bincang dengan kawan, akhirnya aku beli juga sehelai kain kakak ni dengan meminjam duit kawan. Thanks dayah pinjamkan duit. 

Apa yang ingin aku katakan disini bukanlah nak membangga diri yang kami dah tolong orang. Tapi, aku harap dengan pertolongan kita yang sedikit kepada orang lain akan dapat mengurangkan sikit beban dan menolong kita di sana kelak.

Sebenarnya, mungkin betul kakak itu orang susah yang mencari rezeki dengan cara tersebut. Mungkin juga dia adalah orang yang punya kedai kain yang besar di kemboja sana. Semuanya adalah MUNGKIN.

Apa yang penting ialah perasaan simpati dan niat pertolongan kita terhadap orang lain. Ingatlah setiap rezeki yang ALLAH berikan terhadap kita, ada rezeki orang lain didalamnya.. :)





Tuesday, October 2, 2012

Ya ALLAH..Sembuhkan Hairul

Esok aku akan ambil paper Bahasa Melayu...

Dengan perasaan tak tau la rasa apa aku call mama dengan harapan memohon restu dan doa mama. Semoga dengan itu, aku mudah untuk menjawab soalan2 yang aku pasti mesti agak susah sebab paper ni aku memang kurang faham...

Tapi...
berita yang mama sampaikan cukup merentap jantung dan emosiku..
ya.. mama bagitau sakit adikku datang lagi..

ya Allah, jika boleh.. pindahkan semua sakitnya kepadaku..
ya Allah, biarkan aku yang tanggung semuanya...
sembuhkan lah Hairul ...

ya Allah..
Engkau tahu betapa sayangnya aku kepada Hairul..di saat2 seperti ini ujian lagi yang Engkau berikan.. Alhamdulillah..Engkau masih menyayangi aku dan keluargaku..

Saturday, September 29, 2012

Setiap yang Terjadi Ada hikmahnya

Alhamdulillah.. baru je tadi keluar celebrate birthday Kak Farah..kakak yang banyak membantu dan tak pernah jemu mendengar leteranku. Kini genaplah kak Farah 22 tahun. Selamat Hari Lahir, Semoga kak Farah sentiasa dalam lindungan dan rahmat yang Maha Esa.

Malam ini aku sendiri lagi. Tinggal dirumah ini seorang diri. Housemates dah Balik rumah parents masing2. Sedih ? memang la sedih. Aku seorang tinggal jauh dari family. Merentasi lautan baru dapat sampai rumah. Adat belajar, aku redha.

Bukan housemates tak ajak ikut balik. Dorang semua ni memang baik. Selalu sangat ajak balik rumah dorng. Tapi rasa segan dan memang banyak kerja membantutkan harapan housemate. Insyaallah next time mungkin.

Entah kenapa malam ni rasa sedih sangat. Rasa terlalu rindukan mama. Tambah2 lagi laptop yang baru  diperbaiki x sampai 3 hari rosak lagi. Buat kali yang ketiga laptop ini buat hal. Sedih sangat, sebab laptop ini aku beli dengan hasil titik peluh sendiri.

Bukan setakat itu, minggu ini adalah minggu yang paling menyedihkan. Semua benda serba tak kena. Minggu ini juga apa yang aku nak semua aku tak dapat.  Betullah kata bapa, jarang sekali untuk kita mendapatkan apa yang kita kehendaki. Ya ! aku ingat itu. Tapi sebagai insan biasa aku selalu lupa.

Alhamdulillah juga kerana karnival hoki yang kitorang anjurkan dah berakhir. Aku dan kawan2 Gerko Hoki rasa lega sangat semuanya berjalan dengan baik. Syukur sangat Allah permudahkan semuanya. Dalam karnival ni aku masuk juga bermain. Disebabkan asyik tunduk mengejarkan bola, belakang aku yang baru nak pulih ni sakit semula. Lebih2 tadi terkena kayu stick pihak lawan. Sakit sampai susah nak duduk, susah nak berdiri, payah nak berjalan. Sakitnya hanya Allah yg tahu. Balik rumah Lepas rehat kejap baru la rasa ok sikit.

Ingin rasanya saat ini juga aku call mama. Mendengar suaranya memujukku. Ceritakan semua ketidakpuasan hati aku. Meluahkan kesakitan yang aku alami. Tapi, rasa sedih sangat sebab aku tak boleh mengadu. Mengadu hanya membuatkan mama risau.

Aku hanya mampu berharap waktu ini berlalu dengan cepat. Aku redha. Aku yakin ada hikmah atas semua masalah ini. Mungkin hikmahnya tak nampak sekarang tapi yang pasti aku yakin apa yang akan datang pasti yang terbaik untukku.

*nampaknya cuti sem nnt terpaksalah kerja keras untuk dapatkan laptop baru

Sunday, July 29, 2012

Ramadhan datang lagi !

Assalamualaikum....


Lama gila tak update blog. Macam biasa, alasan utama ialah tak ada masa (malas sebenarnya). Kalau lah blog sama macam rumah dah confirm bersawang. Habuk x payah nak kata lah.. hahaha


sebelum terlupa aku nak ucap Salam Ramadhan semua !!! 


Ramadhan datang, Hadiah bermakna dari Allah !

Bukan senang kita nak bertemu Ramadhan. Setahun sekali je, itu pun kalau Allah panjangkan umur. Allhamdulillah, aku masih dapat bertemu ramadhan kali ni. Tahun depan tak tahu lagi.. mungkin ya dan mungkin tidak..

Ramadhan yang ke-9. Apabila aku di "removed oleh kawan sendiri". Kalau ya pun nak removed aku, bagitau aku apa aku dah buat. Apa salah aku. At least aku boleh ubah mana yang buruk, perbaiki mana yang tak baik. Paling tidak aku boleh minta maaf.

Sepanjang persahabatan ini pergaduhan tak pernah wujud. Mungkin ada something yang aku buat tanpa disedari. Keras sangatkah hati dia di bulan yang mulia ini.

Aku just harap persahabatan ini akan kekal. Walaupun aku selalu di pesan, persahabatan antara lelaki dan perempuan selalunya tidak akan kekal. Aku berharap bulan mulia ini adalah bulan yang paling bermakna untuk mu dan untuk ku...

p/s : sahabat yang baik akan menegur kesilapan sahabatnya. Bukan mengiakan kesilapan atau meninggalkan sahabatnya terkontang -kanting sendiri. 




Wednesday, June 20, 2012

My Sweet 20 !


Assalamualaikum…
hope korang semua sihat dan gembira selalu...







Bagi orang lain mungkin tak ada yang special sangat tentang tarikh 20 Jun ni.. 


Bagi aku, tarikh ni lah aku melihat dunia.. tarikh ni la mama bersusah payah bertarung nyawa melahirkan aku.. Terima kasih mama


Aku sendiri sebenarnya tak ingat hari ni birthday aku.. hahaha
Dah syok tidur aku kena kejut plak oleh my housemates..


Thanks banyak2 kat hazirah, dayah, farah, & tobiaq yang susah2 buat birthday surprised untuk aku. Terharu kot..huhuhu.. ni kali ke-2 aku dapat kejutan daripada budak2 ni..


aku agak sedih jugak sebab, orang-orang yang aku harap akan wish x wish pun kat aku… mungkin dorang lupa kot.. yela..sedangkan aku sendiri lupa..
lagipun memang kes lupa ni selalu jadi, but 26 Jun ni mesti dapat gak. Sebab selalunya memang mama,bapa and kawan2 aku slalu confiused sama ada 20 or 26..kalau tak dapat jugak dah nasib badan la.. hahaha


apa2 pun aku bersyukur sangat Allah s.w.t masih bagi aku peluang untuk melihat dunia ini sehingga hari ni hari aku berumur 20 tahun..masih berpeluang memohon keampunan yang pasti…


kalau ikut betul2, aku tak yakin aku akan sampai umur 20 tahun ni. Allahmdulillah sampai jugak. Macam2 benda yg hampir2 meragut nyawa jadi, tapi belum sampai masanya. Aku sendiri tak tahu bila.


Mungkin esok, mungkin lusa..semuanya mungkin sahaja..mungkin yang pasti terjadi… hanya Allah yang tahu bila masa itu akan tiba untukku.

Monday, June 11, 2012

Erti sebuah kemalangan. Alhamdulillah...

Assalamualaikum...



Alhamdulillah, Allah masih berikan aku peluang untuk bernafas di muka bumi-Nya ini dan aku masih berkesempatan 'mengupdate' blog ini dengan tengkuk dan rahang yang cedera. Allah s.w.t sesungguhnya amat penyayang dan Maha Mengasihani diri ini sentiasa. Cuma kadang-kadang, aku sebagai hambah-Nya selalu lalai dengan nikmatnya. 

Apabila gembira dan senang, Allah selalu ditempat yang kedua. Tapi apabila susah baru nak ingat kat DIA. Aku sebagai hambah-Nya yang lemah juga tidak terlepas dari perangai buruk ini.

ada hikmah disebalik apa yang berlaku !


Semalam aku excident kat Kota Kinabalu. Alhamdulillah semua selamat, aku ngan kak ira, kak majie & usman just cedera ringan je dan kereta remuk. Leher je yang sakit sikit. Kemalangan tu banyak bagi pengajaran kepada aku. Allah pun dah anugerahkan nikmat kemalangan tu kat aku. So, aku bersyukur sangat walaupun buat aku agak trauma.

Bila fikir2 balik, memang patut sangat-sangat-sangat ada iklan “jaga jarak anda”. Disebabkan tak jaga jarak dan masing-masing pentingkan diri, ramai orang jadi mangsa. Dalam keadaan hujan lebat pun boleh bawak kereta laju-laju. Dah tahu jalan licin tapi kenapa dorang masih fikirkan diri sendiri??? Ni la manusia, akhirnya semua orang rugi, selain leher dan rahang aku ni sakit terhantuk dan anak-anak mangsa yg lain juga trauma.Kesian, dorang budak2 lagi, mesti takut dah nak naik kereta.


Aku dengan kak ira,kak azie serta mangsa2 yang terlibat pun sangat seronok menghabiskan cuti hujung minggu di Balai Polis Bukit Bendera..ermm.. nak buat macam mana kan? Bukan 2 buah kereta terlibat tapi 3 !!! yang pasti bukan kitorang yang melanggar tetapi kitorang yang dilanggar !! huhuhu..tiap tahun la kakak aku claim insuran.


Apa yang paling sedih bukan sebab sakit dan trauma kemalangan tu, tapi sedih sebab time dalam keadaan macam tu barulah tersedar yang ajal dan maut tu boleh datang bila-bila masa saja, tanpa dijemput. Masa tu aku hanya terbayang sekujur tubuh aku dibalut dengan kain kafan. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemurah dan Maha Mengasihani diriku yang hina ini.


Alhamdulillah dengan kemalangan tu, banyak hikmahnya kpd diri ini. Sesungguhnya Allah s.w.t amat penyanyang, perancang dan penentu yang terbaik. Cuma, aku selalu lalai dalam menikmati nikmat hidup yang DIA anugerahkan.


Ampunkan aku Ya ALLAH!!!!






Sunday, June 10, 2012

Seorang lagi dah kena cop !

Assalamualaikum semua...


Aminah dah kena cop !

Hari ni 10 Jun. Apa yang istimewanya hari ni ialah hari ni lah Aminah jadi isteri orang. Alhamdulillah kawan aku ni dah sampai seru. Masa aku taip blog ni aku masih berkira-kira nak hantar sms ucap tahniah ke tidak kat dia. Nak hantar  takut pulak ganggu dia. Mesti dia sibuk dan penat buat preparation.

Apa yang buat aku sedih, aku tak dapat bersama-sama dia di hari bahagia ini. Hari tu punya la sakan plan ini itu untuk Aminah. Tapi sebagai hambah-Nya yang lemah, aku hanya mampu merancang, Allah jua lah yang menentukan segalanya. Disebabkan ada hal yang tak dapat dielakkan aku tak dapat nak datang majlis kawan baik aku.huhuhu... sob..sob..


Jodoh itu rahsia yg Maha Agung

Sesungguhnya, jodoh itu rahsia Allah s.w.t. Kita tidak tahu bila ia akan tiba, siapa gerangannya dan bagaimana pertemuan itu berlaku. Aku terfikir kalaulah Allah tidak rahsiakan jodoh kita, mesti ada yang akan jadi gila or jadi sewel kan?? kalau dapat orang yang kita suka tak pe la juga. Kalau dapat orang yang memang kita tak suka, apa akan jadi ?? 

Aku kadang2 terfikir juga, siapalah jodoh aku. Siapalah yang akan jadi Imam aku kelak. Tipulah kalau aku kata aku tak terfikir semua tu, lebih-lebih lagi dah ramai kawan-kawan aku yang bina masjid. Sebrutal-brutal dan sekering-kering hati aku pun, aku terfikir juga taw.. :) berfikir pasal jodoh membuatkan aku turut berfikir pasal ajal dan maut. Bukankah ia sama dengan jodoh. Juga dirahsiakan. Jika kita tahu tarikh kematian kita, bagaimanakah kita? 



Apa-apa pun, aku sangat gembira sebab, aku balik bercuti ni, aku dah dapat gelaran Aunty (kawan yg kahwin awal dah ada anak). Seronok tengok dorang dah berkeluarga. Apa yang tak bestnya, bila kawan-kawan kahwin, mulalah ada orang2 tua yang bising2 kat aku. "ko bila lagi?", "x kan ko x ada kawan kot?", Soalan2 tu menyesakkan otak aku dan buat aku senak perut tau tak. Patutkah aku rasa malu? senyum je lah... hahahaha..Bagi aku, usiaku or yg paling tepat perangai aku ini belum menjamin aku untuk menjadi seorang isteri yg baik, apalagi seorang ibu.

Aku tak sedih walau soalan itu bertubi-tubi menyerang, sebab mama dan bapa aku memahami aku. Mereka tau apa yang aku tanggung. Mereka faham aku masih muda(walau mungkin x muda sangat kot). Aku juga tak sedih walau tak pernah merasai apa itu "dicintai dan mencintai",sebab aku yakin aku akan tahu juga rahsia itu nanti jika Allah menghendakinya, dan rahsia itulah yang akan memberi aku cinta yg halal.

errmmm... jiwang sungguh aku malam2 buta ni..merapu bukan selalu.. hahaha..semoga Aminah bahagia dunia akhirat disamping suaminya(Mahadi)..dan berjaya membina keluarga yang sakinah..aminn...











Wednesday, June 6, 2012

still waiting !


aku menunggu dan terus menunggu...
terus menunggu sesuatu...
sesuatu yang tak pasti...

aku menunggu dan terus menunggu...
mengharapkan sesuatu...
sesuatu yang tak pasti...

aku menunggu dan terus menunggu...
menunggu hati ini terbuka...
tapi bilakah masanya ??

menunggu sesuatu yang tak pasti...
membuatku letih sendiri...
membuatku sakit sendiri...

cukup sekadar aku bemimpi...
menghilangkan rasa letih...
menghilangkan rasa sakitku...

kini...
aku masih disini...
aku masih berdiri...
menunggu yang tak pasti...