Saturday, January 26, 2013

Bersangkah Baik Dengan Allah

Assalamualaikum.... salam bahagia semua 

Malam ni agak boring walaupun ada banyak kerja yang perlu dilunaskan. Bukan tidak mahu buat tapi idea nak susun bahan-bahan ni tak ada. Endingnya aku buka Facebook...walaupun Buku yg sebenarnya menjerit minta dibaca lagi !

Sambil tangan ligat skroll kebawah, ternampak classmate shared satu cerita sedih. Mula2 memang malas nak baca tapi hati ni kuat je kata baik baca.

Kisahnya tentang perginya seorang mujahidah yg baru melihat dunia ini selama 20tahun. Serang anak yang baik pada pandanganku. Apa yang menarik perhatianku, walaupun disaat2 akhir hidupnya, dalam keadaan sakit yang amat dia tetap bertahank. Tetap bersangka baik dengan Allah. Dalam keadaan tubuhnya memuntahkan isi perutnya tanpa henti dia tetap kata Allah bantu, muntah rasa macam meludah je.. Ya Allah betapa mulianya gadis ini.

Aku baca kisahnya sampai habis. Air mata menitis. Ada juga disebutkan tentang dakwah. Dia kata Allah marah kepadanya kerana tidak berusaha mencari jalan dakwah lain apabila jalan dakwahnya menemui kegagalan. Disini melaluinya kita tahu jalan dakwah itu banyak yg terbuka apabila satu jalan tertutup. kena dakwah dengan bersungguh2. Mahu dan tak mahu je...aku tak kata kat orang lain tapi aku cuba sampaikan kepada diri sendiri.

Betapa kuatnya gadis ini mengharungi akhir hidupnya sehingga mak ayahnya pun redha. Redha mereka membuatnya sentiasa redha atas ketetapan illahi. Jika aku ditempatnya, mungkin aku tidak sekuat dia. Tapi aku berharap aku boleh kuat sepertinya.

Walau sakit, walau perit yang ditanggungnya dia tetap bersangkah baik dengan Allah. Sentiasa berkata Allah pembantu disebalik segalanya. Ya, bila dalam kesusahan kita kadang2 bersangka buruk denganNYA. Padahal disebalik itu, ada bahagia yang diselitkan.

Terima Kasih kepada ibu almarhumah yang berkongsikan cerita ini. terima kasih kepada kawan yg shared kisah ini. Semoga kalian sentiasa dalam rahmat dan limpah KasihNYA...

Semoga Siti Hajar sentiasa bahagia dialam sana... Ya Allah, rahmatilah Dia.. bahagiakanlah dia dan tempatkanlah dia dikalangan hamba2 MU yang beriman dan beramal soleh.


Tuesday, January 22, 2013

Rasa ini anugerahNya

Rasa ini rasaku
Rasa disetiap hembusan nafasku
Rasa itu juga rasaku
rasa disetiap rongga tubuhku....

Rasa yang bisa memberi seribu erti
Erti disebalik wajah insan-insan ini
Rasa kadang salah mentafsir
Perasaan juga kadang berbutir
Hingga sukar untuk terbit dibibir...

Lemah longlai tubuh
Jatuh tersungkur tak siapa peduli
Sesak dada diasak
Hanya DIA peduli...

Rasa ini rasaku...

Walau otak ligat berfikir
walau hati mungkin salah mentafsir
Walau bicara berbutir
Senyuman harus ku ukir
walau terasa seperti berpasir...
Kerana rasa ini anugerahNYA ...




Thank you Allah for everything ......

Monday, January 21, 2013

Keputusan yang sangat TIDAK menyenangkan

Alhamdulillah masih berpeluang mencoret disini... Diharapkan semuanya baik2, malahan berharap lebih baik dari sebelumnya.

Petang ini baru mendapat berita yg result exam hari tu ada kesilapan dan kami kena check result yang baru... amat menduka citakan kerana pointer JATUH !!! apa yg sedih sangat sebab pointer kawan2 lain semunya naik tapi aku ??? jatuh ...

Rasa macam nak menangis pun ada sebab semester lepas aku rasa aku lebih bersungguh2 dari semester sebelum ni. Siapa yg aku patut salahkan ? pensyarah? buku2 aku? mak ayah? atau sistem peperiksaan yg salah memberi markah ??? tentunya bukan mereka ! sebenarnya siapa pun tak salah melainkan diri aku sendiri.

Walaupun aku lebih berusaha, mungkin silap aku kadang2 lalai... mungkin ada yg kurang bukan dalam aku mengulang kaji tetapi mungkin hubunganku dengan Pencipta ? melaksanakan suruhannya sambil lewa mungkin...

Mungkin juga dalam hubungan aku dengan alam dan manusia ? Mungkin secara tak sengaja menguris hati orang disekeliling...bila ada yg terasa hati disebabkan itu mgkin Allah menarik nikmat itu untuk menyedarkan aku. itu pandanganku...

walaupun sangat sedih aku tau ada yg harus diperbaiki...Walaupun apa pun aku yakin Allah tidak menjadikan kegagalan ini untuk menyusahkan aku melainkan untuk menjadikan aku hambahNya yang lebih baik...