Wednesday, May 29, 2013

cuti semester lorrrr..

Alhamdulillah... dapat lagi post something kat blog ni lepas berkurun lama tak di update..

now, i'm home... bercuti kat kampung di sabah ! seronok dapat balik kampung :) alhamdulillah masih diberi kesempatan meluangkan masa dengan mak ayah, adik2, sepupu sepapat, dan family2 lain..

 pemandangan waktu maghrib belakang rumah

Sepanjang berapa bulan blog ni tak diupdate, sepanjang tu la juga macam2 hal berlaku dalam hidup aku. Yang baik, yang buruk, yang tak berapa nak elok, semua ada. Macam astro, macam2 ada. haha

Semester ni hidup busy sangat dengan jadual exam, study dan program2 lain. Bila ada masa lapang sikit, nak menaip pun malas. Aku gunakan sepenuhnya untuk berehat atau pi kandang kuda melawat 'boyfriends' aku.. haha

Now... i'm back home with a new story. Cerita yang aku tak tahu pengakirannya happy ending atau tidak. Tapi aku tau, apa2 kesudahan cerita ini mesti yang terbaik untuk aku. yes, no regret !

Balik kampung bercuti, aku habiskan masa untuk uruskan kenduri kahwin pak sedara, memenuhi jemputan kahwin sahabat2 skolah dulu, ulang alik ziarah kubur sahabat2 aku. Lepas ni balik campus dengan hati yang lapang tanpa beban. 

Kehadiran seseorang dalam hidup aku secara mengejut bukan satu halangan untuk aku teruskan hidup macam dulu. Aku bersyukur dan aku bahagia. Bila Allah tarik balik, aku juga bersyukur kerana tak perlu pinjam lama2 sangat, sebab semakin lama semakin susah untuk dikembalikan...

alhamdulillah... kisah suka duka aku Allah sentiasa lapangkan hati. Allah hiburkan dengan cara-NYA.