Wednesday, December 21, 2011

Tom Yam Mari !

Assalamualaikum dan selamat tengahari semua !





hari ni first time try masak TOM YAM...hehehe
mak kata sedap, ayah kata bolehlah,... and bila ayah kata bolehlah maka masakan anda kurang berjaya.

tapi tak apa, lain hari try la...
bak kata pepatah PRACTICE MAKE PERFECT !

gambar tidak dimasukkan kerana rupa tom yam aku ni x macam tom yam pun..bila dah berjaya nanti baru boleh upload gambar and bagi resepi..

that's all untuk hari ni,  sebab memang saja ja pun nak update. lagi pun aku ni bukan rajin sangat time2 cuti macam ni. 

wassalam...

Saturday, November 12, 2011

Kek coklat ! oh Kek coklat !

Assalamualaikum.....selamat pagi...:)


Tengok tajuk entri kat atas ? erm,... Otak aku dah beku membaca nota2 Pendidikan Seni ni sebenarnya.. agak susah gak la...(sapa suruh buat hal lain masa lecture tengah ngajar). Padan Muka !!!
Roomate aku ngan aku stay up la konon2nya malam ni..study..kan minggu exam.. 


aku tengok roomate aku fokus gila..aku je main-main...tak terniat macam tu pun sebenarnya


ok .. disebabkan dah boring sangat, aku x tau dah nak buat apa... tetiba aku teringat kat KEK COKLAT roomate aku buat lepas raya hari tu..



gambar ni aku google ek..bukan kek rumet aku..tp lebih kurang la

nampak sedapkan...

And sejak hari tu memang semangatlah aku nak try buat kek ni..tengah-tengah duk usha2 kek kat google, aku pun laksanakan misi menganggu rumet aku yang duk study. Jahat kan.
Aku tanya dia macam mana nak buat, bahan2 ape nak guna and yang berkaitan ngn kek ni...sorry rumet...

Tapi aku memang nak try buat kek ni jugak.. tak kira..
balik kampung nanti aku akan buat jugak ! yang akan jadi mangsa ialah dapur mama aku dan perut-perut adik-adik lelaki aku..hahaha..

Harap2 jadilah seperti yang diinginkan..boleh buat kek besday adik aku...mesti dia happy..bukan pernah kakak dia ni buat kek..hehe

Tak sabar nak balik rumah... setelah setahun lebih di perantauan..

Sunday, November 6, 2011

Raya Aidiladha datang lagi !!!

Assalamualaikum dan salam bahagia ....



Bergema laungan takbir raya korban di masjid An-nur, di hostel aku dan di radio...
sesungguhnya sekali lagi aku diberi peluang oleh ALLAH  yang maha Pengasih untuk bertemu hari pengorbanan ini.

Walaupun aku hanya beraya kat hostel aku sgt bersyukur sbb pengorbanan x dapat balik beraya ngn family apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan mulia nabi Ibrahim a.s dengan anaknya nabi Ismail a.s...
semoga pengorbanan mulia mereka menjadi tauladan untuk lebih taat dan dekat kepada-Nya


Sedih ke aku ??????

memang aku sedih.. ya Allah teringinnya jumpa family tapi ni la pengorban dan cabaran aku sebagai seorang pelajar diperantauan. dah la macam tu aku x dpat ikut roomate aku balik kampung sebab 2 hari lagi nak final exam dah.. xpe la korban sikit...
sesedih aku pun, x dpt dibandingkan dengan kesedihan sahabat ku..ayah pergi meninggalkan dirinya ketika kita semua orang seronok nak sambut raya korban, ketika dia bertungkus lumus untuk exam final ni..
ya ALLAH ..kuatkanlah dia...

kalau dekat kampung mesti meriah orang buat korban. Selalu dapat daging korban... dengan daging tu mama akan masak makanan kegemaran aku... tapi nampaknya, tahun ni x dpt lah aku merasa...

kejap lagi aku akan jadi mangsa nampaknya...

BILA UNTA DAH KENA ANOREKSIA,
KAMBING MULA HYPERTENSION,
LEMBU PURA-PURA BUAT PSIKO,
AYAM JE NAMPAK COOL,
tu tandanya... raya korban dah tiba..

Selamat Hari Raya Aidiladha Semua..
semoga raya aidiladha ni memberikan kita rahmat dan keberkatan serta segala yang kita lakukan akan mendapat redha daripada-NYA

Friday, May 20, 2011

Soalan spot oh soalan spot !!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...



Hari ni hari first exam untuk final semester 2 aku...kertas pengajian melayu 1.. apa yang aku nak cerita kat sini ialah, perasaan aku tadi...ceh !! sesi luahan perasaan pulak kan ??

Mula2 masuk dewan exam tadi aku langkah kaki kanan dengan lafaz bismillah... gementar gak aku ! rasa macam amek spm pulak !
dalam hati aku berdoa smoga dipermudahkan semuanya hari ini ( turut berdoa agar soalan senang) hehehehe..

sebelum start jawab tu, mmg kita di galakkan membaca doa kan? korang baca doa x? mesti baca kan...kalau yg x baca tu mintak korg amalkan sebab apa2 yg kita lakukan kena mintak tolong ALLAH kan...

Selepas pengawas peperiksaan kata dah boleh start jawab, soalan yang aku tengok mula2 ialah soalan esei.... korang tau x apa yg jadi ????
semua soalan esei tu sebiji dengan soalan spot yang kawan aku bg !!!!!!
punya la menyesal aku masa tu...rasa rugi mmg la...

Disebabkan aku ni bukan jenis percaya sangat ngn soalan spot, so, soalan yg kawan aku bg tu pun aku buat bodoh je... just tengok macam x ada perasaan ja !!

tapi....aku bukannya x dapat jawab langsung...jawab gak tp banyak gak lah aku merapu...hehehe...tapi aku x kesah. yg penting aku boleh jawab...

so, kepada kawan2 yang amek exam tu lain kali kalau ada soalan spot tu sekurang2nya korang study gak la...jgn buat bodoh je...

Tapi cara paling berkesan ialah study semua tajuk ikut urutan...jangan tinggal satu pown !!!!


Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU !!!!

Assalamualaikum....
Akhirnya dapat juga aku mengupdate blog aku yang berkurun terbiar...

Tarikh 16 Mei merupakan tarikh keramat dimana setiap orang yang pernah bergelar pelajar akan mengingati hari istimewa yang diraihkan setiap tahun iaitu HARI GURU !!

Dihari ini lah kita semua akan mengimbas kembali kenangan bersama guru.Belajar didalam ruang yang selesa atau tidak tetap menjanjikan ilmu yang akan dicurahkan oleh sang guru..
di hari 16 mei inilah kita akan ingat semula jasa-jasa yang guru-guru kita taburkan kepada kita...

Masa zaman sekolah aku dulu, hari guru ni antara hari yang paling best aku rasa...macam2 benda berlaku hari tu..cikgu2 aku pulak sepanjang hari tu duk sengeh je sebab anak murid bagi hadiah tu,..bagi kad ucapan pun ada..x kurang juga yang mengalirkan air mata sebab ade anak murid pi mntak maaf la..ye la kan dah buat salah kena mntak maaf la...macam2 aktiviti gak sekolah anjurkan..Memang best la !!

Kalau korang nak tau, guru ni walau seteruk mana pun pelajar itu, guru tetap mendoakan kejayaan bagi pelajarnya...sungguh mulianya hati mu wahai guru ku...guru tetap sabar dalam mendidik anak bangsanya..semoga para guru menjadi insan yang bahagia didunia dan akhirat.

Tapi.... aku kadang2 berasa agak pelik dan agak terkilan juga apabila ada sahaja saban hari kes pelajar cederakan guru, herdik guru, sepak guru dan macam-macam kes lagi la...dan ada yang lagi parah apabila ada ibu bapa yang tanpa usul periksa back up anak membabi buta, siap pi belasah cikgu pun ada....kononnya anak dia semua betul ( sorry aku bukan nak kata kat sapa2 so sapa yang terasa tu pandai2 la muhasabah diri balik)...Memang lah tak dinafikan ada guru yang mulut memang laser tahap dinasour tapi cuba kita ambil semua tu sebagai leteran membina..


mungkin akan ada yang kata "ko cakap senang la, aku yang dengar,telinga aku yang merasa, hati aku yang sakit"...tapi hellooooooooo aku nak kata kat sini siapa yang kata macam tu memang kene masuk prasekolah or tadika semula...aku pun pernah gak kena leter, kene denda oleh cikgu(mesti orang len pun ade gak yg kene kan??)...tp cuba la fikir sikit semua tu adalah salah satu strategi seorang guru untuk menempah sebuah kejayaan untuk anak muridnya...denda tu cikgu bagi supaya kita berubah
 cuba korang ganti tempat cikgu korang...mesti korang pun buat bende yang sama..dan mungkin gak korang akan buat lagi teruk dari apa yang cikgu korang buat !

16 mei merupakan hari sambutan untuk mengenang jasa guru

so, sempena hari guru ni marilah kita sama2 ingat dan muhasabah diri balik...sapa2 yang tak pernah ucap " TERIMA KASIH" ngan cikgu tu ucaplah...sapa2 yang rasa ada "BUAT SALAH" dengan cikgu2 tu mintak maaflah..sebab kita ni kadang2 tanpa disedari memang banyak benda kita buat yang menyinggung hati cikgu2 kita..

Kalau kita tak mampu bagi hadiah atau hantar ucapan cukuplah jika kita selitkan doa untuk guru2 kita..kerana disebabkan mereka lah kita jadi seperti sekarang!
(bagi siapa2 yg jai penagih dadah, pemabuk, kaki pukul dan yang sewaktu dengannya tu bukan sebab guru or mak bapak korang ! tu salah korang sendiri ! )

Opps!!! sebelum terlupa, korang semua juga sangat digalakkan untuk mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada mak bapak korang kerana sebelum masuk sekolah, mak bapak kita adalah guru pertama kita...



16 Mei hari guru
hari mengenang jasa-jasamu
terima kasih ikhlas umtukmu
yang rela berkorban selalu

setiap pelajaran dan pesanan
menjadi penyuluh masa depan
ingatlah wahai kawan-kawanku
guru terlalu banyak berkorban

Lagu ini aku dedikasikan kepada semua guru-guru yang pernah mendidik aku, sehingga aku dapat masuk institut perguruan ni..insyaALLAH aku juga bakal mewarisi kerjaya mulia kalian...juga kepada pensyarah-pensyarah dan kawan2 yang juga bakal menjadi "CIKGU"...
thanks a lot to my parents too...coz always be my teacher until now..

TERIMA KASIH CIKGU !! JASA KALIAN AKAN AKU KENANG SAMPAI MATI....



Thursday, March 10, 2011

Permainan Rebut Negeri !!!

ASSALAMUALAIKUM.....

apa khabar saudara saudari ku sekalian...?lama dah x update blog ni...disebabkan macam-macam faktor la.antaranya memang aku xda masa..( termasuk malas)..hehe..hari ni rajin sikit sebab 3 assingment dah berjaya disiapkan..so,ada lg beberapa yang nk kena bg siap.Tapi nak kena relekkan otak dulu sebelum sambung semula..kalau x BERKEMUNGKINAN BESAR aku akan jadi penghuni rumah sakit jiwa Bukit Padang x pown TANJUNG RAMBUTAN !!.Lega rasanya bila dapat siapkan assignment pengajian melayu yang memang mencabar.kurang sikit Migrain aku..
hari ni berlangsung la sukan permainan tradisional yang dianjurkan oleh senior kitorg.ni kira assgment dorang la.Kami budak-budak junior pun memang semangat la nak main.. x tau la bg siapa2 yg x bsemangat tu ..!best kot,bukan selalu dapat peluang main permainan tradisional masa ni.Ini juga dapat memupuk semangat mencintai budaya n mewujudkan hubungan silaturrahim antara kita semua.kaki aku terseliuh dan aku rasa...?mestilah sakit...x kan sedap kot !aku n kawan-kawan aku,mek je,n iza ambil bahagian dalam acara rebut negeri...best sangat..teringat balik kenangan masa kecik-kecik dulu..hehehe... disamping rasa sakit ni aku sangat bersyukur kerana ujian sakit dapat menghapuskan dosa-dosa kecil.insyaALLAH..tapi nak bg banggah sikit,walaupun cedera tp rasa berbaloi sebab kami dapat johan acara rebut negeri...hehehe...lebih2 lg apabila menumbangkan lawan yg lg besar dr kami...ceh,,saja nak bagitau yang saiz bukan la penentu kemenangan,tp apa yg penting adalah strategi !!!
sampai sini sajalah crite pasal permainan rebut negeri ni..siapa2 nak main tu,cuba la...mmg seronok..gambar x dapat nk upload sbb x da org tolong tangkap gambar,,ngek~~~!

Monday, February 21, 2011

belajar benda baru...hahaha

hari ni pukul 1:22 am aku belajar wat bende baru..hehe...sronok walaupun duk sakit kepala assignment x siap lagi..sekurang2nya dapat releas tension aku ni...thanks to all my fren hazirah,hidayah.dan hayana@farah sebenarnya..hahaha...saja nak letak nama hayana nk bagi semua bemula dari huruf H...orang kedah kata pulon...lantak la nak kata apa pun..tapi memang nama dia farah hayana pun...ok..thats all..!!wasalam