Friday, August 9, 2013

Eid Mubarak ! Selamat Hari Raya Semua


Selamat Hari Raya Aidilfitri... Eid Mubarak !!!!

Alhamdulillah... selepas tiga tahun beraya diperantaun, alhamdulillah tahun ni dapat beraya bersama keluarga di kampung. Of course in Sabah ! yeayyyyy!!!!!

Hari ni 2 syawal, baru dapat menghadap laptop. Semalam lepas je solat sunat raya, kitorang sekeluarga ke kubur nenek, lepas tu singgah sekalai kat kubur Syikin, kawan sekolah aku dulu merangkap antara orang paling rapat dalam kelas dengan aku dulu.

Balik je dari Kubur, terus kena serbu dengan tetamu. Dari pagi sampai ke malam... huhu.. penat kemain lagi. tak ada masa nak rehat. Apa yang paling seronok, aku diberi kepercayaan masak rendang ikut suka hati sendiri, mama tak ajar or tak pantau sebab dia ada hal. So, terpulang pada aku nak jadi apa rendang tu. Ni first time masak rendang. Nasibe baik call mama kak dayah tanyakan resepi rendang kedah... Akhirnya rendang aku siap dan sedap, walaupun rupa dia tak secantik rendang mama. Bangga pulak apabila orang puji sedap ! lain kali boleh masak lagi! hehehe... Terima Kasih kpd mama Kak Dayah!

Ramadhan terakhir pula, aku call adik Haidah. Kawan aku yang masih terlantar dihospital. Terkejut gila apabila aku call Haidah yang jawab. Alhamdulillah, tu je yang terucap kat bibir. Haidah boleh sembang elok walaupun pertuturan dia kurang jelas. Agak pelat. Dia dah boleh makan. Tiub makanan pun dah dibuka. Sakit Kepala dia pun dah kurang. Hadiah Aidilfitri aku kira...Lebih2 bila kak dayah sent gambar Haidah tengah duduk makan puding. Tak tunggu lama aku terus contact Ima dan Deana bagitau kedaan Haidah. Boleh dengar macam mana happynya suara dorang...baru aku dapat raya dengan senang hati.

Tapi...hari ini dapat berita semalam sampai ke pagi tadi haidah demam lagi. Suhu badan naik lagi sampai 39 darjah. Ya Allah... aku sampai terfikir, adakah kesihatan Haidah diramadhan terakhir dan di 1 syawal itu hanya untuk senangkan hati kami?? Hanya mampu berdoa semoga Allah berikan yang terbaik untuk Haidah. 

Haidah kemungkinan akan di ambil lagi air tulang belakang untuk kurangkan tekanan dekat otak. Apa yang paling buat aku sentap apabila kemungkinan Haidah akan menjalani operation. Sesungguhnya, aku tak tau lagi untuk berfikir macam mana untuk membantu dalam keadaan aku jauh dari dia. Rasa nak terbang balik jumpa Haidah. Tapi banyak lagi hal yang aku memang terpaksa laksanakan kat kampung ni. Aku bingung ya Allah...

Harapan untuk tunggu Haidah di transfer ke Hospital Queen dan jumpa Haidah macam semakin kabur je. Sakit hati, sedih, risau semua bercampur baur... Ya Allah, sesungguhnya aku berserah dan aku serahkan semua yang terbaik untuk sahabatku kepada-Mu ya Allah...

Semoga cepat sihat, Haidah ! :')

Monday, August 5, 2013

Semoga Cepat Sembuh Sahabat

Alhamdulillah... Dengan izin-Nya aku telah berada di kampung halaman bersama-sama keluarga tersayang.

Insyaallah aku akan sambut Aidilfitri bersama keluarga kandungku.. dah tiga tahun tak beraya bersama. 3 tahun beraya diperantaun dan beraya bersama keluarga angkat je.

Usai solat terawih tadi, adik kepada sahabatku Haidah sent mesej bagitau keadaan Haidah sekarang. Baca je mesej tu buat aku mengalirkan air mata, aku harapkan kesembuhan dan respon positif Haidah. Bukan berita negatif lagi. Setiap sujudku aku nak Haidah sembuh je. Aku tak mintak lain dah.

Balik dari surau, aku baru berkira2 nak call adik Haidah tapi ayah Haidah call aku dulu. Ayah dia call bagitau Haidah demam lagi. Sakit kepalanya makin menjadi2. Sepanjang aku tinggalkan Haidah, dah 2 kali Doktor ambil air tulang belakang Haidah untuk kurangkan tekanan kat otak dan sakit kepala dia. Maksudnya, Sepanjang terlantar di hospital dah 5 kali ambil air tulang belakang. Ya Allah... sakitnya Haidah. Tak dapat aku bayangkan jika aku ditempatnya.




Beberapa malam ni Haidah demam, Haidah meracau macam waktu mula2 duduk hospital hari tu. Tapi kali ni Haidah meracau macam bercakap-cakap dengan someone. Haidah kata ada orang nak bawa dia jalan-jalan. Sama kesnya masa aku jaga dia dulu. Mungkin halusinasi Haidah. Orang sakit kadang memang berhalusinasi, itu apa yang aku tahu dari seorang sahabat. Kalau benda lain itu aku tak pasti. Semuanya Allah je yang tahu. Wallahua'lam..

Sampai kehari ni Haidah masih tak boleh makan. Minum susu je melalui tiub. Aku ingat dulu, aku tanya nurse apa rasa minum guna tiub. Dia kata bila je cecair tu masuk kita rasa nak muntah. Kesian Haidah. Itulah yang dia rasa setiap kali masa untuk makan ubat dan minum susu.

Haidah...
bertahanlah, semua orang risaukan Haidah...
sampai aku kat kampung ni pun, tak putus2 kawan contact tanya keadaan kau. tengok, banyakkan kawan yang sayang kau. Cepatlah sembuh Haidah. Housemate Haidah, ima, deana, miza dan ain sedih sangat. Dorang sunyi Haidah tak ada. Deana paling banyak menangis. Sedih sangat tengok roomate dia.

Tahun lepas kita beraya di perantauan bersama. Duduk dalam rumah dan bilik yang sama 3 minggu. banyak cerita kita kongsi bersama. Pi SBE sama-sama. Lepak sampai lewat balik sama2, sampai arwah ayah marah.

Tahun ni, kita plan balik bersama. Tiket flight pun aku beli tarikh sama dengan kau sebab kita janji nak balik sama2 kan? kau tau tak macam mana sedihnya aku kat airport terpaksa balik sorang2 dengan perasaan tak tenang ingatkan kau. sepatutnya, kau ada dengan aku masa tu. Aku terpaksa balik kampung juga, Family aku pun perlukan aku. Hanya doa je mampu aku bagi sepanjang aku tak ada dekat dgn kau.

Sebelum balik, aku jumpa dengan makcik Saodah (Mak kak Dayah), aku minta dia sekeluarga tolong tengok2kan kau. Kalau kau nak tau, makcik saodah sekeluargalah antara orang yang paling banyak tolong kau, hari2 dia datang jenguk kau kat hospital wlaupun kau tak kenal dia. Dah sihat nanti kau boleh jumpa dia, orang yang banyak berjasa dengan kau.

Semoga Haidah cepat2 sembuh dan boleh sambung belajar macam dulu...

always care and love u friend...