Monday, July 29, 2013

Demi Haidah

Alhamdulillah... Ramadhan Kareem... Bulan Mulia yg penuh barakah...

Masih diberi peluang bertemu ramadhan kali ni diusia 21 tahun. Alhamdulillah, syukur masih berpeluang. Tahun-tahun yg akan datang belum pasti lagi kan?

Agak lama blog ini tidak dijenguk. Rasanya last waktu balik bercuti semester hari tu. Malam ni terasa nak meluahkan sesuatu yg terpendam. Sesuatu yg tak pernah aku atau pun salah seorang dari kami pernah terfikir. Itulah besarnya rahsia Allah. sejauh mana kita merancang, perancangan Allah lebih baik dan teratur kan?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui" (Surah Al-Baqarah:216)

18 Julai 2013 (Khamis) aku call ima tanyakan pasal tiket flight Haidah sebab ingat nak balik sekali dengan dia. Lagi pun dah janji. Aku tanyakan mana haidah, dia kata Haida ada tapi tak larat bercakap. Masih tak sihat. Lama sangat dah aku rasa Haidah sakit. Tak kan demam lama sangat kot. Diakhir perbualan, ima tanya bila aku nak jenguk Haidah sebab Haidah macam teruk je. Malam tu juga lepas cakap dengan ima aku pecut pi rumah sewa dorang. Risau tiba-tiba.

Sampai kat rumah, roomate dia Diana yang baik hati tengah picitkan kepala dia. yg lain tolong suapkan. Sikit je Haidah makan sebab lepas makan mesti dia muntahkan. Aku ambil makanan tu aku suapkan Haidah, aku pujuk dia makan lagi sikit. Tapi memang dia kata tak lalu sangat dah. Malam tu juga kitorang bawa Haidah ke Hospital Sultanah Bahiyah.

Sampai Hospital terus ke bahagian kecemasan. Lepas jumpa doktor, Haidah kena ambil darah, lepas tu kena X-Ray. Kesian Haidah. Banyak kena cucuk jarum sebab urat dia sempit. Malam tu yg dapat hantar Haidah aku, diana, miza dan rahimah. Sepanjang proses pemeriksaan Haidah macam-macam dalam otak aku, takut pun ada. Lama sangat dorang check Haidah, sampai lebih kurang pukul 1 baru doktor bagitau Haidah kena tahan untuk pemeriksaan selanjutnya. Aku kata kat Diana, tak apa mungkin esok pagi boleh keluar dah. Aku tau dia pun risau. Cakap macam tu hanya untuk sedapkan hati mungkin. Malam tu kami berempat berkampung di hospital. Kali kedua aku bermalam dihospital Sultanah Bahiyah ni, alhamdulillah bukan sebagai pesakit.

Pagi tu Haidah dipindahkan kewad. Keadaan dia dah agak teruk dan doktor belum dapat pastikan apa sakit Haidah yang sebenar. Hanya tuhan yg tahu betapa risaunya kami. Aku tengok muka budak rumah dia sorang2, semua memang nampak tak senang. Apa lagi disini, Haidah hanya ada kami. Keluarganya jauh diseberang laut. huh ! perasaan bercampur baur.

keadaan Haidah lagi teruk Pagi jumaat tu bila dia macam lost. Dia tak kenal siapa2. Doktor tanya siang ke malam? dia tak dapat pun bezakan. Haidah tak respon soalan2 yang doktor tanya, Haidah makin agresif walaupun nampak sangat tak larat.

Lepas dah ambil darah dan air kencing Haidah, doktor suspek Haidah Meningitis. Disebabkan tak dapat tau penyakit sebenarnya doktor terpaksa ambil tulang sumsum Haidah. Lepas ambil tulang sumsum Haidah tak boleh bangun, kena baring flat 6 jam. Sedih tengok dia, dari seorang yang aktif, baik dan suka ketawa tiba-tiba senyap dan hanya mampu terbaring dikatil hospital

Ramai kawan-kawan dan pensyarah yang datang melawat Haidah. Ramai juga yang menitiskan air mata tengok Haidah dalam keadaan macam tu. Alhamdulillah ramai yang perihatin dengan nasib Haidah. lepas beberapa hari alhamdulillah Haidah dah boleh cam orang, aku happy sangat bila dia boleh sebut nama aku.

Keadaan Haidah stabil semula, tapi tiba-tiba Haidah demam agak teruk suhu badan sampai 39 darjah. berapa hari Haidah meracau panggil2 mak dia. Sepanjang Haidah meracau, mak dia saja yang dia panggil dan sesekali dia cakap benda yang bukan2. Hanya Allah yang tahu macam mana perasaan aku dengan ima. Macam-macam juga yang kami fikir.

Haidah suka tanya benda pelik-pelik. Haidah kata ada orang nak ajak dia jalan, tanya aku anak siapa duduk dekat kipas padahal tak ada orang pun melainkan aku dengan ima. Haidah juga minta benda pelik-pelik, minta daunla tapi aku pun tak tau daun apa yang dia maksudkan. Hanya mampu suruh dia istigfar dan sentiasa ingat dekat Allah. Aku tak nak fikir bukan2. Mungkin sebab suhu terlalu panas buat tekanan kat otak dia.

Sampai kehari ini, Haidah dah duduk seminggu lebih kat hospital, ayah dengan adik dia pun terpaksa datang untuk tengok dia. Sepanjang seminggu lebih ini juga la dah 4 kali Haidah kena buat CT scan dan 3 Kali ambil tulang sumsum. Hanya Allah yang tahu apa yang Haidah rasa. Semoga Haidah tabah dan kuat. banyak ujian yang Allah bagi kat Family Haidah. semoga ujian ini merupakan rahmat dan limpahan kasih sayang Allah kepada Haidah. Allah uji sebab Allah ingat kat kita.

Alhamdulillah, lepas tunggu lebih seminggu dan lepas macam2 yang Haidah kena lalui akhirnya doktor dapat kesan penyakit Haidah. Haidah kena Tb otak tau Tb Meningitis. Keadaan Haidah pun lebih positif. Insyaallah Haidah boleh balik beraya bersama keluarga.

Sepanjang jaga Haidah dihospital secara bergilir-gilir dengan housemates Haidah, banyak pengalaman yang aku dapat. Terlalu banyak yang menginsafkan. Rasa diri ini terlalu kurang bersyukur apabila tengok keadaan doktor-doktor sampailah kepada pesakit-pesakit yang ada kat hospital tu.

Aku sengaja tuliskan cerita ini, bila Haidah dah sihat dia boleh baca. Biar Haidah tahu yang terlalu ramai yang sayangkan dia. Terlalu ramai yang risau dan ambil berat pasal dia. selama dia dihospital, tak sehari pun harinya kosong tanpa sahabat datang melawat bertanya khabar Haidah. Haidah beruntung.

Semoga Haidah cepat sembuh dan boleh meneruskan pengajian macam biasa.

Sayang Haidah !!! :')


No comments:

Post a Comment