Friday, August 9, 2013

Eid Mubarak ! Selamat Hari Raya Semua


Selamat Hari Raya Aidilfitri... Eid Mubarak !!!!

Alhamdulillah... selepas tiga tahun beraya diperantaun, alhamdulillah tahun ni dapat beraya bersama keluarga di kampung. Of course in Sabah ! yeayyyyy!!!!!

Hari ni 2 syawal, baru dapat menghadap laptop. Semalam lepas je solat sunat raya, kitorang sekeluarga ke kubur nenek, lepas tu singgah sekalai kat kubur Syikin, kawan sekolah aku dulu merangkap antara orang paling rapat dalam kelas dengan aku dulu.

Balik je dari Kubur, terus kena serbu dengan tetamu. Dari pagi sampai ke malam... huhu.. penat kemain lagi. tak ada masa nak rehat. Apa yang paling seronok, aku diberi kepercayaan masak rendang ikut suka hati sendiri, mama tak ajar or tak pantau sebab dia ada hal. So, terpulang pada aku nak jadi apa rendang tu. Ni first time masak rendang. Nasibe baik call mama kak dayah tanyakan resepi rendang kedah... Akhirnya rendang aku siap dan sedap, walaupun rupa dia tak secantik rendang mama. Bangga pulak apabila orang puji sedap ! lain kali boleh masak lagi! hehehe... Terima Kasih kpd mama Kak Dayah!

Ramadhan terakhir pula, aku call adik Haidah. Kawan aku yang masih terlantar dihospital. Terkejut gila apabila aku call Haidah yang jawab. Alhamdulillah, tu je yang terucap kat bibir. Haidah boleh sembang elok walaupun pertuturan dia kurang jelas. Agak pelat. Dia dah boleh makan. Tiub makanan pun dah dibuka. Sakit Kepala dia pun dah kurang. Hadiah Aidilfitri aku kira...Lebih2 bila kak dayah sent gambar Haidah tengah duduk makan puding. Tak tunggu lama aku terus contact Ima dan Deana bagitau kedaan Haidah. Boleh dengar macam mana happynya suara dorang...baru aku dapat raya dengan senang hati.

Tapi...hari ini dapat berita semalam sampai ke pagi tadi haidah demam lagi. Suhu badan naik lagi sampai 39 darjah. Ya Allah... aku sampai terfikir, adakah kesihatan Haidah diramadhan terakhir dan di 1 syawal itu hanya untuk senangkan hati kami?? Hanya mampu berdoa semoga Allah berikan yang terbaik untuk Haidah. 

Haidah kemungkinan akan di ambil lagi air tulang belakang untuk kurangkan tekanan dekat otak. Apa yang paling buat aku sentap apabila kemungkinan Haidah akan menjalani operation. Sesungguhnya, aku tak tau lagi untuk berfikir macam mana untuk membantu dalam keadaan aku jauh dari dia. Rasa nak terbang balik jumpa Haidah. Tapi banyak lagi hal yang aku memang terpaksa laksanakan kat kampung ni. Aku bingung ya Allah...

Harapan untuk tunggu Haidah di transfer ke Hospital Queen dan jumpa Haidah macam semakin kabur je. Sakit hati, sedih, risau semua bercampur baur... Ya Allah, sesungguhnya aku berserah dan aku serahkan semua yang terbaik untuk sahabatku kepada-Mu ya Allah...

Semoga cepat sihat, Haidah ! :')

No comments:

Post a Comment