Wednesday, May 13, 2015

Muka Comel tapi Capik !

Assalamualaikum....

kredit to mr.google


Hari ini ada sedikit kisah nak dikongsikan. Hari ni ada appointment dekat hospital. Lebih kurang dalam 2 jam lebih habis la treatment. Penat, lenguh dan kebas jangan cakaplah. Memang perkara biasa sejak setahun kebelakangan ni.

Masa nak balik tu singgah Kafe hospital sekejap. Dahaga kot tak minum 2 jam lebih. By the way, Nescafe ais hospital ni memang sedap dan murah. Itu yang paling penting! Masa dah siap beli semua nak pi parking kereta, adalah dua orang hambah Allah ni cakap dengan nada perasan diri tu sempurna sangat kata kat aku "kesiankan. Muka comel tapi capik" lepas tu gelak-gelak.

Masa tu Allah je tau perasaan aku. Memang lepas treatment tu kebas dan sakit menyucuk kat tapak kaki sampai aku terpaksa jalan terhenjut-henjut macam orang capik @ pincang.  Perkara biasa untuk pesakit spinal problem atau PID macam aku. Ada yang lebih dahsyat. 

Masa tu memang kalau ikut syaitan yang duk bisik ayat-ayat cinta ni dah aku maki hamun budak-budak tu (takde la budak sangat.lebih kurang baya aku juga aku rasa). Tapi ayat ape pun tak keluar dek kerana sakit hati sangat. Air mata tu keluar laju sangat. Tak tau la kenapa nak sentap sangat hari ni. 

Bagi aku, dah hang tak rasa apa yang aku rasa kalau hang tak simpati pun hang tak payahlah gatai sangat nak mengata kat orang. Tak ada orang yang nak sakit, cacat dan sebagainya. Semua orang nak sihat, nak normal dan nak bahagia.

Allah bagi ujian kat setiap hambah-Nya berbeza-beza. Jangan kita mengkeji orang lain sebab kita tak lalui apa yang orang lain lalui. Karma itu ada, aku hanya doakan dorang  ni tak mengalami nasib sama macam aku. Masa akan datang kita tak tahu. Allah yang tentukan semuanya.

Orang yang ade sakit macam aku tak pernah pun nak mintak simpati bagai, yang kami perlukan sekadar sokongan. Kalau tak nak bagi sokongan pun, zip mulut tu dari berkata benda-benda yang menyakitkan hati orang lain.

kredit 

for one who suffered the pain, please be patient. Life is too short to cry and to regret. Just enjoy it and be bless with it. God knows the best.

No comments:

Post a Comment