Thursday, May 17, 2012

Aku & 16 Mei Tahun ini ???

Assalamualaikum ...


Walaupun dah agak lewat, aku nak ucap gak Selamat Hari Guru kepada Mama & Bapa sebab jadi guru aku yg first sekali sejak aku pijakkan kakiku ke dunia ni... thanks b'coz always guide and teach me. Selamat Hari Guru juga kepada guru2 yang pernah didik aku, pensyarah2 aku, kawan2 aku bakal guru & para guru kat dunia ni.


16 Mei tahun ni macam2 perkara jadi sampai tak larat nak fikir.
  1. Tarikh ni aku exam paper Edu 3102 (alhamdulillah soalan esei senang, struktur sederhana, tapi objektif susah)
  2. Tarikh ni ialah hari guru- Pukul 11.30 malam baru sempat wish kat cikgu2 and kawan2 aku~~ sorry!!
  3. Tarikh ni juga aku ngan bakal housemate aku kena tipu ngan pakcik rumah sewa.
  4. Tarikh ni kami dapat rumah sewa yang baru..(padam muka pakcik suka tipu tuuuuuu)
  5. Tarikh ni juga besday Ummi dan abang-abang aku yg macho lagi perasan hensem ! hehehe.
  6. Tarikh ni juga wedding day Ummi ngan Abah yang Ke-15.
  7. Tarikh ni juga merupakan tarikh dimana macam2 benda jadi kat diri aku, ira, dayah, farah, tobiaq, dan nura !! 
semestinya lagi banyak yang buat aku punya migrain ni mai balik selepas tak melawat aku sekian lama. 

Lepas dah settle semua kes rumah sewa kami, aku ngan kakak serta abang2 aku pun balik rumah umi.. buat surprise kat Ummi. Paling best sebab kitorang sambut Hari Guru, Hari Lahir ummi & abg asran ngn abg haikal, and Hari Perkahwinan ummi dalam satu majlis. Dapatlah tenangkan sikit otak ni lepas gaduh ngan pakcik tadi. Aku ngan kawan2 aku memang bukan jenis kaki gaduh tapi dah pakcik tu sendiri paksa kami bertegas.huuhuhu (tp takde la sampai maki hamun or tumbuk terajang).

Masa tengah makan2 tu, abang-abang ngan kakak aku ni pun bagitau la ummi pasal aku ngan kawan2 kene tipu dek pakcik tu. Ummi macam biasalah, bagi nasihat dan sentiasa mengingatkan aku "ADA HIKMAH DISEBALIK SEMUA NI".. ya memang ada hikmah disebalik semua ini. Allah S.W.T jua adalah perancang dan penentu yang paling baik dalam setiap perkara. Semoga Allah sentiasa memberikan kekuatan dan kesabaran kepada aku. Aminnn...


The moral of the story : Ada Hikmah setiap kejadian yang menimpa kita.





No comments:

Post a Comment