Tuesday, May 15, 2012

Minggu Exam, Minggu kelam

Assalamualaikum warahmatullah ...






Minggu ni merupakan minggu yang paling panjang aku rasakan. Mungkin disebabkan minggu exam kot. Serius aku tak suka bila minggu exam menjelma, serba serbi tak kena. Tidur pun tak lena. Tapi mungkin inilah keistimewaannya. Bila lagi kan nak rasa kalau bukan masa ni ?? 

Macam biasa, bila sampai je musim exam ni banyaklah soalan spot yang sampai. Semua pakat sharelah soalan spot yang dapat dari kawan masing-masing. Ya la kan orang kata "sharing is caring".

Tadi dah lepas satu paper EDU 3101. Siapa budak IPG memang tau la paper ni. Pensyarah aku cakap ni subjek 'killer', kitorang gelar ni subjek maut. Memang soalan yang keluar semuanya susah-susah belaka. Semuanya perlukan critical thinking. Alhamdulillah, critical-critical pun aku dapat juga siapkan tanpa meninggalkan satu pun tempat kosong. Yang penting jawab, betul tak betul tu belakang cerita. Depan cerita yang paling penting :)

Sepanjang aku duduk exam dari darjah 1 sampai habis Form 5 tak pernah lagi aku kena sound atau kena marah kat dalam dewan peperiksaan. Tapi hari ni dengan bangganya pengawas exam tu bercekak pinggang sambil marah kat aku dalam dewan yang penuh dengan beratus orang pelajar. Malu dah marah Allah saja yang tau. Tapi nak buat macam mana, nak melawan aku takut nanti dia kata aku kurang ajar, paling teruk dia halau aku dari dewan.

Aku punyalah semangat baca segala surah segala  ayat sebab dah cuak sangat tengok soalan kat depan, mai2 dia datang kat aku sambil kata "tak faham bahasa ke saya kata jangan sembang ?" ya Allah, aku mati-mati fikir dia tengok aku sembang dengan siapa? tapi tu x tragis lagi. mai dia sambung kata "awak nak duduk luar ke nak duduk dalam dewan ?" aku pun dengan muka blur jawab je la "nak duduk dalam encik ". Dalam hati aku memang geram gila sebab aku tak sembang dengan sapa2, aku just baca doa and berzikir. Mungkin sebab mulut terkumat-kamit kot and yang paling teruk aku rasa sebab kawan sebelah aku duk tengok kat aku. Mungkin juga dia mengamuk sebab ingat aku sembang dengan kawan tu.

Apa2 pun kisah hari ini adalah kenangan pahit bagi diri aku, disebabkan kena herdik habis terbang semua mind-map yang ada dalam kepala otak aku. Hikmah disebalik kejadian ni adalah "semasa exam jangan pandang kiri, kanak, depan atau belakang. Pandang kertas dan meja je " 

Bersyukur kepada ALLAH S.W.T, disebalik kejadian tadi aku masih mampu jawab semua soalan dengan tenang. Alhamdulillah ~~~

Semoga paper Edu 3102, aku dapat jawab dengan mudah dan lebih tenang without problem bodoh macam paper 1st.



No comments:

Post a Comment