Wednesday, June 6, 2012

Kanak-Kanak Autisme

Assalamualaikum..




Just want to share something about Autisme. Pernah dengar tak perkataan ni ??? pernah jumpa tak kanak-kanak Autisme ?? kalau tak pernah tak bermaksud korang tak perlu amek tau kan sebab benda ni penting untuk kesejahteraan umat sejagat.. hehehe

kat Malaysia macam mana pula ???

Dunia kini semakin hari semakin akan banyak kanak-kanak yang akan dilahirkan mengalami Autisme. Masalah ni berlaku akibat banyak faktor antaranya pemakanan, genetik dan sebagainya. Tapi aku sendiri tak tahu apa punca sebenar masalah ni berlaku.


Autisme tak silap aku setakat ni tak ada ubat lagi tapi korang yang ada anak, adik, atau saudara mara Autisme jangan risau, sebab dengan teknologi sekarang mereka juga boleh hidup normal macam kanak-kanak lain.

mendakap mereka akan memberikan mereka perasaan selamat


Banyak juga pertubuhan2 yang ditubuhkan untuk membantu kanak-kanak Autisme. Lagi pun negara kita sekarang dah banyak buka sekolah-sekolah untuk kanak-kanak istimewa seperti mereka. Guru-guru juga terlatih. so, korang tak perlu risau.



Jom baca sikit pasal Autisme ni..


Masalah Autisme pada kanak-kanak adalah keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian kepada dunianya sendiri. Kiranya mereka macam berfantasilah.


Kanak-kanak Autisme mengalami gangguan komunikasi, interaksi sosial, gangguan deria, pola bermain dan perilaku sosial dan mungkin tidak dapat bertutur dan mungkin hanya mengeluarkan bunyi ataupun meniru orang lain.
Kanak-kanak Autisme tidak suka disentuh ataupun mungkin selalu berpaut pada sesiapa sahaja. 


Ciri-ciri kanak-kanak Autisme


1.Komunikasi
Perkembangan bahasa yang lambat atau tiada langsung. 
Tidak mengendahkan/memperdulikan kata-kata orang lain.
Jarang menggunakan bahasa. Lebih banyak bunyi yang sukar difahami. 
Sukar diajak bercakap.
Bertutur tetapi buat seketika sahaja. 
Jawapan tidak sesuai dengan soalan. 
Suka menarik tangan orang lain bila meminta sesuatu.


2.Interaksi Sosial
Suka bersendirian. 
Tiada kontak mata dan mengelak memandang muka orang lain.
Tidak gemar bermain dengan rakan. 
Suka menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut. 


3.Gangguan Deria
Sensitif pada sentuhan.
Tidak suka dipegang atau dipeluk.
Sensitif pada bunyi yang kuat dan menutup telinga.
Suka mencium dan menjilat mainan atau benda lain.
Kurang sensitif pada rasa sakit atau takut.


4.Pola Bermain
Tidak suka bermain.
Tidak bermain mengikut cara biasa, dan suka memutar-mutar atau melambung-lambung benda yang dipegang.


Suka memegang objek berputar, seperti kipas.
Apabila menyukai benda, terus dipegang dan dibawa ke mana-mana sahaja.


5.Tingkah Laku
Melakukan gerakan yang berulang kali, seperti bergoyang-goyang, mendekatkan mata ke television, mengepakkan dan menepuk tangan, berlari atau berjalan mundar-mandir.
Tidak suka pada perubahan.
Dapat duduk tanpa membuat apa-apa dan tanpa sebarang reaksi.


6.Emosi
Sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab.
Mengamuk tanpa terkawal jika tidak dituruti kemahuannya.
Merosakkan apa sahaja di sekitarnya atau menyerang orang    berhampiran jika emosinya terganggu.
Ada kalanya mencederakan diri sendiri.
Tiada rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang lain.



No comments:

Post a Comment