Wednesday, June 6, 2012

Kanak-kanak Terencat Akal / Mentally Retarded

Assalamualaikum ...


Kali ni tak ada yang special yang aku nak tulis. Just nak share sikit pasal masalah kanak-kanak khas.




Kanak-kanak yang berhadapan dengan masalah kerencatan akal akan mengalami perkembangan minda yang kurang termasuk kecatatan dalam fungsi intelek dan sosial.

Kanak-kanak terencat akal juga mengalami masalah pembelajaran kerana tahap mental rendah dan tiada keupayaan mengurus aktiviti seharian mereka.

Terencat akal terbahagi kepada 3 kategori:
1) Ringan – skor IQ 50 hingga 75
2) Sederhana – skor IQ 30 hingga 50
3) Teruk – skor IQ 30 ke bawah 

Ciri-ciri kanak-kanak terencat akal.

• Proses kognitif 
   : terhad dan menjejaskan pencapaian akademik. 

• Perolehan dan penggunaan bahasa 
   : kurang tepat dari segi struktur dan kandungan. 

• Ciri-ciri peribadi dan sosial 
   : kurang daya tumpuan, menimbulkan masalah tingkah laku. 

• Keupayaan fizikal dan motor 
   : termasuk penglihatan dan pendengaran,penggunaan motor halus.


p/s: jangan sesekali mengelar mereka 'bodoh' kerana mereka istimewa, dan jika anda melakukannya anda tidak bodoh tetapi sangat bodoh.


No comments:

Post a Comment