Friday, September 29, 2017

Cara Tenangkan Kanak-Kanak (Tantrum)

Tantrum boleh berlaku kepada kanak-kanak yang normal dan juga yang mengalami masalah pembelajaran, terutamyaAutisma (baca: Autism). Tantrum atau bahasa mudahnya kita panggil sebagai mengamuk, menangis dengan teruk sambil golek-golek. Ada juga yang sampai tahap mencederakan orang lain dan diri sendiri, contohnya hentak kepala di dinding, menghempas badan kelantai, menggigit dan sebagainya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut banyak buku yang ada dipasaran untuk kita jadikan sebagai sumber rujukan. Hasil tulisan saya ni hanyalah sebagai pengalaman saya dan pendapat peribadi sepanjang saya bersama-sama dengan kanak-kanak yang sering kali tantrum tak kira tempat.

Entry kali ni saya just nak share pengalaman saya dengan kanak-kanak autisma yang non-verbal. Antara cara yang saya gunakan untuk tenangkan kanak-kanak ni ialah :

1. Peluk

  • Masa kanak-kanak ni mengamuk sampai meronta-ronta, selalunya saya akan peluk dengan erat. Tapi jangan pulak peluk sampai budak-budak tu tak boleh bernafas. Peluk dorang sampai dorang tenang. Tapi kena hati-hati sebab kanak-kanak boleh bertindak agresif dan mencederakan kita.

2. Aromaterapi
  • Ni lagi satu cara saya selalu guna. Bila kanak-kanak ni tantrum selalunya saya bagi hidu minyak aromaterapi. Kalau tak ada minyak aromaterapi, boleh guna minyak wangi yang bau lembut. Tapi kena hati-hati sebab ada kanak-kanak yang sensitif dan allergic dengan minyak wangi. Sebelum bagi kena tahu dulu keadaan kesihatan kanak-kanak ye.
3. Usap Belakang badan
  • Untuk kanak-kanak yang tantrum tapi tak berapa nak agresif atau menangis je lebih, selalunya saya guna cara ni. Usap atau garu lembut belakang badan dorang. Selalunya berkesan tapi lain kanak-kanak lain juga cara nak tackle. Tak semua sama jadi kalau tak berhasil jangan putus asa dan cuba cara lain.

4. Biarkan

  • Lepas dah guna cara diatas kalau tak berhasil juga biarkan kanak-kanak nangis dan mengamuk. Selalunya mereka akan baring dan bergolek-golek diatas lantai jadi pastikan tempat tu tiada benda-benda tajam dan berbahaya. Selalunya kanak-kanak ini akan berhenti selepas puas menangis dan melepaskan geram mereka.
Apa-apa pun kena ingat setiap kanak-kanak mempunyai keselesaan masing-masing. Kenalpasti punca dan apply cara yang sesuai untuk anak-anak anda.

Jangan jadikan kebiasaan untuk menuruti setiap kehendak anak-anak. Sikap terlalu menuruti setiap kehendak mereka akan menyebabkan mereka lebih mudah tantrum sekiranya inginkan sesuatu atau tidak puas hati terhadap sesuatu.

Tips paling last, banyakkan membaca dan ikut seminar dan bengkel untuk tambah ilmu !

No comments:

Post a Comment