Friday, September 29, 2017

Bila Mendung Menyapa

Hampir setahun sekali lagi blog ini baru ku jengah.

Tidak kemana-mana hanya tidak punya masa untuk menaip atau lebih tepat masa lapangku tidak ku gunakan untuk blog ini.

Rasa tidak pernah padam untuk menulis, cuma kekangan lain selalu menang melawan rasa.

Kadang-kadang lagu 'wake me up when september end' agak tepat. September ini bermula dengan mendung menanti hujan. Doktor suspek makcik aku ada cancer Leiomyosarcoma. Cancer yang agak rare. Jarang jadi.

Berita ni betul-betul jadi ujian besar kat family aku. She is the one who support my financial when i was a student. Bukan aku je, tapi adik beradik dia yang lain. Dari yang sambung belajar sampai yang nak berumahtangga semua dia tolong. Pendek kata family member smua dia tolong. She is too kind to be in this situation. Tapi aku yakin ALLAH lebih tahu yang terbaik untuk hambah-Nya.

Hope this will end soon and makcik aku akan sihat macam biasa. To my aunt, we really try hard to help you and everybody love you so much.

Till i type this entry, makcik dah selesai buat biopsy tak silap aku yang tu la nama dia doctor sebut. 2 minggu lagi akan keluar keputusan dan masa tu baru tahu kaedah operation yang sesuai untuk makcik.

Semoga yang baik-baik untuk kita semua.


Tuesday, August 30, 2016

Assalamualaikum and Hi there...

Almost forgot that i have a blog... kira bertuah masih dapat ingat password selepas setahun lebih tak update blog dan selepas mengalami ujian-ujian2 manis dari Tuhan yang hampir membuatkan fizikal tak mampu bertahan namun kesembuhan merupakan hadiah terindah dan ujian menjadi penguat diri.. Cewahhh!!!!!!!!!!! 

Apa-apa pun Alhamdulillah. Terima kasih Tuhan atas penangan rindu MU terhadap hambah. Kini semakin bersyukur dan semakin menjadi insan yang berakal dan berhati..  : )

Selepas setahun lebih berlalu, i have my own career, i become old but not so old sebab banyak sangat kawan-kawan aku dah beranak pinak which mean aku dah jadi aunty. Now, the feeling is great but i miss my student life... sight!


will continue to the next story of  my life.


Sunday, May 24, 2015

Posting! Posting! Posting!

Assalamualaikum...

kredit

2 minggu ni sibuk dengan exam. Semester ni alhamdulillah ada dua paper je! satu paper dah lepas. Alhamdulillah, walaupun banyak lagi aku 'goreng' daripada aku muntahkan balik fakta apa yang aku baca. Tipikal student macam aku!

Lusa last paper! paper paling killer sepanjang aku study ni. Kata senior-senior akulah. Dah masuk tahun ke 5, tapi paper ni la aku rasa macam nak mati je... tak faham walau dah baca banyak kali. Paling sadis bila engko tnya kawan engko dengan harapan dia boleh share ilmu tapi dia pun sama je macam engko blur tak tahu ape. Hanya mampu berdoa dan bertawakkal semoga dapat menjawab dengan baik dan lulus paper AR ni.

Btw, malam ni alhamdulillah dah berjaya isi borang posting. Isi borang tu tandanya dah nak habis la zaman ko berjimba-jimba sebagai seorang dewasa yang tak sedar diri.. hehe.. kenapa la banyak sangat negeri kat Malaysia ni sampai nak pilih penempatan pun pening kepala. Nak isi overseas takut-takut dapat betul kang ade juga yang meraung tak nak pi. 

Ni pun dah 5 tahun duduk di perantauan bagai nak gila, tak kan nak pi overseas pulak. Memang idok ler... Semoga dapat tempat kerja yang boleh aku sentiasa ada dengan mak ayah aku. aminnnn.


Okaylah! dah sampai masanya kita sambung setady balik. babaiiiii !!!