Friday, March 23, 2012

Sup Sayur telur

Assalamualaikum !


wah.. lama gila tak update blog. kalau rumah yang tak dikemas memang dah berhabuk dan bersawang sakan la gayanya. Hari ni tetiba je rasa rajin nak menaip kat blogku yang tak seberapa ni.


Hari ni tak ada kuliah, so sempat la masak Sup Sayur Telur.
Lunch hari ni simple saja. kepada kawan-kawan yang sangat busy tapi suka makan makanan berkuah dan teringin juga nak memasak boleh la try resepi ni. Mudah, Simple dan Senang nak buat.


Sup Sayur Telur Cik Long




Bahan-bahannya:

  • sayur sawi / kubis
  • telur (ikut korang nak bubuh berapa biji)
  • 3 ulas bawang merah - hiris/ tumbuk
  • 2 ulas bawang putih - hiris/ tumbuk
  • 1 1/2 bungkus kiub pati ayam
  • minyak masak
  • 600 ml / 700 ml air
  • garam secukup rasa
cara nak buat:
  1. panaskan minyak dan tumiskan bawang merah + putih.
  2. masukkan sebungkus kiub pati ayam.
  3. selepas tu masukkan air. biarkan mendidih.
  4. lepas tu masukkan sayur. tunggu dalam 1 atau 2 minit baru masukkan telur.( pastikan telur tu korang jangan pecahkan macam nak buat telur dadar. pecahan elok2 bagi dia bulat je kat dalam sup tu)
  5. masukkan 1/2 lagi pati ayam dan garam.
  6. tunggu samapai telur masak. Sedia untuk dihidangkan.
Senang kan nak buat ?  tak perlu banyak bahan dan makanan ni pun sesuai untuk orang yang tengah diet. :)
korag boleh je nak tambah fishball, sosej, kentang or lobak kalau nak. aku tak letak sebab bahan-bahan tu je yang ada.

Selamat Mencuba !

Wednesday, December 21, 2011

Tom Yam Mari !

Assalamualaikum dan selamat tengahari semua !





hari ni first time try masak TOM YAM...hehehe
mak kata sedap, ayah kata bolehlah,... and bila ayah kata bolehlah maka masakan anda kurang berjaya.

tapi tak apa, lain hari try la...
bak kata pepatah PRACTICE MAKE PERFECT !

gambar tidak dimasukkan kerana rupa tom yam aku ni x macam tom yam pun..bila dah berjaya nanti baru boleh upload gambar and bagi resepi..

that's all untuk hari ni,  sebab memang saja ja pun nak update. lagi pun aku ni bukan rajin sangat time2 cuti macam ni. 

wassalam...

Saturday, November 12, 2011

Kek coklat ! oh Kek coklat !

Assalamualaikum.....selamat pagi...:)


Tengok tajuk entri kat atas ? erm,... Otak aku dah beku membaca nota2 Pendidikan Seni ni sebenarnya.. agak susah gak la...(sapa suruh buat hal lain masa lecture tengah ngajar). Padan Muka !!!
Roomate aku ngan aku stay up la konon2nya malam ni..study..kan minggu exam.. 


aku tengok roomate aku fokus gila..aku je main-main...tak terniat macam tu pun sebenarnya


ok .. disebabkan dah boring sangat, aku x tau dah nak buat apa... tetiba aku teringat kat KEK COKLAT roomate aku buat lepas raya hari tu..



gambar ni aku google ek..bukan kek rumet aku..tp lebih kurang la

nampak sedapkan...

And sejak hari tu memang semangatlah aku nak try buat kek ni..tengah-tengah duk usha2 kek kat google, aku pun laksanakan misi menganggu rumet aku yang duk study. Jahat kan.
Aku tanya dia macam mana nak buat, bahan2 ape nak guna and yang berkaitan ngn kek ni...sorry rumet...

Tapi aku memang nak try buat kek ni jugak.. tak kira..
balik kampung nanti aku akan buat jugak ! yang akan jadi mangsa ialah dapur mama aku dan perut-perut adik-adik lelaki aku..hahaha..

Harap2 jadilah seperti yang diinginkan..boleh buat kek besday adik aku...mesti dia happy..bukan pernah kakak dia ni buat kek..hehe

Tak sabar nak balik rumah... setelah setahun lebih di perantauan..