Sunday, June 3, 2012

Aku bingung !

Assalamualaikum


Pernah tak korang rasa bingung sangat ?
pernah tak korang rasa hidup korang ni ditakdirkan untuk mengikut kata je ?
pernah tak ? pernah tak !!!!


Kadang-kadang rasa kepala otak kosong.. 
kadang-kadang rasa macam nak jadi budak Autisme. ada dunia sendiri. tak perlu kisah pasal dunia yang penuh dengan dakwat hitam.


kadang-kadang rasa hati kering sekering-keringnya
kadang-kadang rasa hati cukup mudah tersentuh
semua itu membuatkan aku bingung


bingung untuk memahami keadaan
bingung untuk mencari penyelesaian
bingung untuk memilih dua jalan


bingung dan terus bingung.. macam orang bodoh.


Disaat kebingungan melanda, hanya Allah penyejuk jiwa..
Disaat otak kosong, hanya Allah tempat mengadu..
tapi.. aku bersyukur..kebingungan seperti ini selalu mengingatkan aku pada-NYA..

Tuesday, May 29, 2012

Balik Kampung !!!

Assalamualaikum...

korang apa khabar semua???

huhu.. lama tak update blog ni..

Hurray !!! my exam is done already ! now i'm at home sweet home.

Seronok dapat balik rumah jumpa mak bapa aku yg tersayang and jumpa adik-adik aku yang brutal! haha

Actually nak update blog lepas sampai rumah tapi line streamyx kat rumah ni ada problem. kejap ada, kejap tak ada. macam chipsmore gitu. tension i ... ni baru ok sikit ni.

Masa balik ke hometown tercenta kat Sabah ni, kawan2 tersayang aku yang hantar. Anyway, thanks to my friends @ housemate Farah, ira, dayah and adik angkat comey hasifah. Sedih gak masa balik tp of course la lebih banyak lagi excitednya.. haha

Sebelum sampai Sabah, Masyaallah memang aku tak sabar nak sampai rumah tapi bila dah sampai je airport Kota Kinabalu perasaan aku jadi tak menentu. Allah saja yang tahu aku tak suka situasi macam ni. My Parents tak datang ambil.huhu. orang lain yang datang ambil. Lantak la, janji aku balik kampung !!!

Aktiviti2 aku setakat cuti ni tak lah best mana, tapi tak lah membosankan. Aku just busy tolong parents aku uruskan ikan2 bilis ni. Lama tak Mengopek bilis, so dapat peluang ni aku pun kopek lah.. best tapi agak penat ! (klu u all tak tau apa pasal bilis or pasal kopek bilis, mai la datang sini)haha

Tapi yang paling best hari ni, ayah aku balik dari laut. Ayah bawa ikan merah (aku gelar ikan merah x tau nama dia apa).

so, menu makan tengahari adalah ikan merah masak tomato + sotong goreng ! yoohooo!!!


ikan merah masak tomato :)

sorry lah, aku bab masak boleh la sikit2. Tapi bab nak hias2 makanan ni aku memang FAIL !! haha

okay, tu je yang aku nak cerita... (bajet masakan dia sedapppp) eleh lantak lah.. hahaha. blog aku, aku taip, so suka hati aku ..

apa2 pun have a happy holiday semua !! bagi yang bercutilah.. hehe



Sunday, May 20, 2012

jalan-jalan ke Kulim

Assalamualaikum ... :)


hi guys !


Korang apa khabar semua ? (bajet ada org bacaaaaaaaaaaaaa) hahaha


Penat study(macamlah dia study lama gila ...:P ) aku rasa macam nak post entry baru plak. so aku pun terfikir nak tulis pasal aktiviti aku jalan-jalan gi Kulim. sapa tak tau kulim tu kat mana, mai aku bagitau korang. Kulim tu dekat Negeri Kedah okey !


ni kali kedua aku gi kulim.. kali ni tak sempat gi pekan Kulim jalan-jalan. Just habiskan masa gi kampung kak ana,gi umah tok kak ana and jumpa member-member kak ana.


Actually, Kak Ana ajak aku gi kenduri kahwin kawan dia. ex-classmate dia masa sekolah dulu. Sambil2 tu gi jumpa family Kak Ana kat kampung kak Ana. Kitorang gi Berempat, Aku, Kak Farah, Kak Ana, and Abg Khairul (driver passive kitorg) hehehe..




sempat snap gambar depan rumah kak ana


amek gambar ngan mak kak Ana (kak Farah senyum sopan tuuuu)

abg khairul tengah bincang duit hantaran untuk kak ana ni ! haha


Lepas gi kenduri kahwin kawan Kak Ana, kami gi rumah tok Kak Ana. Seronok gak masuk kampung. walaupun aku ni orang kampung tapi setiap kampung berbeza okey !!

sebab tu aku suka masuk kampung ni. Tetiba sebak plak ingat kat kampung halaman..adat merantau sabo je la ... huhuhu

Masa nak balik Jitra tu kami gi pulak singgah rumah member kak Ana. sempat gak snap2 gambar.. hehehe.. asyik snap gambar je kan..tak ade kerja lain.


yg berbaju kurung merah tu member kak ana, kak insyirah(x silap aku). comel kan !


Aktiviti sepanjang jalan-jalan ke kampung kak Ana adalah makan, makan dan makan sahaja.. hehe.. boleh buat perangai macam paper exam dah habis ! hebat x hebat kitorang ?? hahaha


kak Ana & Kak Farah

to kak Ana : Thanks sebab sudi ajak gi jalan-jalan kat Kampung kak Ana.
to kak Farah : Thanks sebab memeriahkan suasana 
to abg Khairul : Thanks sebab jadi driver and belanja kitorang makan !



the end....