Wednesday, June 6, 2012

Kanak-kanak Terencat Akal / Mentally Retarded

Assalamualaikum ...


Kali ni tak ada yang special yang aku nak tulis. Just nak share sikit pasal masalah kanak-kanak khas.




Kanak-kanak yang berhadapan dengan masalah kerencatan akal akan mengalami perkembangan minda yang kurang termasuk kecatatan dalam fungsi intelek dan sosial.

Kanak-kanak terencat akal juga mengalami masalah pembelajaran kerana tahap mental rendah dan tiada keupayaan mengurus aktiviti seharian mereka.

Terencat akal terbahagi kepada 3 kategori:
1) Ringan – skor IQ 50 hingga 75
2) Sederhana – skor IQ 30 hingga 50
3) Teruk – skor IQ 30 ke bawah 

Ciri-ciri kanak-kanak terencat akal.

• Proses kognitif 
   : terhad dan menjejaskan pencapaian akademik. 

• Perolehan dan penggunaan bahasa 
   : kurang tepat dari segi struktur dan kandungan. 

• Ciri-ciri peribadi dan sosial 
   : kurang daya tumpuan, menimbulkan masalah tingkah laku. 

• Keupayaan fizikal dan motor 
   : termasuk penglihatan dan pendengaran,penggunaan motor halus.


p/s: jangan sesekali mengelar mereka 'bodoh' kerana mereka istimewa, dan jika anda melakukannya anda tidak bodoh tetapi sangat bodoh.


Sunday, June 3, 2012

Aku bingung !

Assalamualaikum


Pernah tak korang rasa bingung sangat ?
pernah tak korang rasa hidup korang ni ditakdirkan untuk mengikut kata je ?
pernah tak ? pernah tak !!!!


Kadang-kadang rasa kepala otak kosong.. 
kadang-kadang rasa macam nak jadi budak Autisme. ada dunia sendiri. tak perlu kisah pasal dunia yang penuh dengan dakwat hitam.


kadang-kadang rasa hati kering sekering-keringnya
kadang-kadang rasa hati cukup mudah tersentuh
semua itu membuatkan aku bingung


bingung untuk memahami keadaan
bingung untuk mencari penyelesaian
bingung untuk memilih dua jalan


bingung dan terus bingung.. macam orang bodoh.


Disaat kebingungan melanda, hanya Allah penyejuk jiwa..
Disaat otak kosong, hanya Allah tempat mengadu..
tapi.. aku bersyukur..kebingungan seperti ini selalu mengingatkan aku pada-NYA..

Tuesday, May 29, 2012

Balik Kampung !!!

Assalamualaikum...

korang apa khabar semua???

huhu.. lama tak update blog ni..

Hurray !!! my exam is done already ! now i'm at home sweet home.

Seronok dapat balik rumah jumpa mak bapa aku yg tersayang and jumpa adik-adik aku yang brutal! haha

Actually nak update blog lepas sampai rumah tapi line streamyx kat rumah ni ada problem. kejap ada, kejap tak ada. macam chipsmore gitu. tension i ... ni baru ok sikit ni.

Masa balik ke hometown tercenta kat Sabah ni, kawan2 tersayang aku yang hantar. Anyway, thanks to my friends @ housemate Farah, ira, dayah and adik angkat comey hasifah. Sedih gak masa balik tp of course la lebih banyak lagi excitednya.. haha

Sebelum sampai Sabah, Masyaallah memang aku tak sabar nak sampai rumah tapi bila dah sampai je airport Kota Kinabalu perasaan aku jadi tak menentu. Allah saja yang tahu aku tak suka situasi macam ni. My Parents tak datang ambil.huhu. orang lain yang datang ambil. Lantak la, janji aku balik kampung !!!

Aktiviti2 aku setakat cuti ni tak lah best mana, tapi tak lah membosankan. Aku just busy tolong parents aku uruskan ikan2 bilis ni. Lama tak Mengopek bilis, so dapat peluang ni aku pun kopek lah.. best tapi agak penat ! (klu u all tak tau apa pasal bilis or pasal kopek bilis, mai la datang sini)haha

Tapi yang paling best hari ni, ayah aku balik dari laut. Ayah bawa ikan merah (aku gelar ikan merah x tau nama dia apa).

so, menu makan tengahari adalah ikan merah masak tomato + sotong goreng ! yoohooo!!!


ikan merah masak tomato :)

sorry lah, aku bab masak boleh la sikit2. Tapi bab nak hias2 makanan ni aku memang FAIL !! haha

okay, tu je yang aku nak cerita... (bajet masakan dia sedapppp) eleh lantak lah.. hahaha. blog aku, aku taip, so suka hati aku ..

apa2 pun have a happy holiday semua !! bagi yang bercutilah.. hehe